[VIDEO] Selesai konsert, kembali berkebun, Edry KRU tayang taman Hydrangea di belakang rumahnya di UK


  • Hias
  • Isnin, 07 Jul 2025

Kebun bunga Edry Abdul Halim yang memikat hati ramai peminatnya.

LEBIH lima tahun bermastautin di Rochdale, Manchester, United Kingdom (UK) bersama keluarga, anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim kini aktif berkongsi rutin harian di rumah kediamannya.

Terbaharu, Edry berkongsi video menerusi Instagramnya yang memaparkan kebun bunga Hydrangea yang ditanam di belakang rumahnya.

Difahamkan, komposer dan penerbit itu baru sahaja kembali ke UK selepas menamatkan tugasnya bersama kumpulan KRU dalam konsert GenKRU yang berakhir pada 10 Mei lalu.

BACA LAGI: 'Penyaman udara rosak, kena gigit nyamuk', ruang makan terlalu daif jadi titik mula usahawan ambil alih restoran Peranakan di PJ

BACA LAGI: Tak suka membazir, rancang saat akhir bukan bermakna pasangan anda 'high maintenance', sebaliknya mereka...

 

 

 

 

Perkongsian tersebut sekali gus menarik perhatian ramai peminat yang teruja melihat keindahan taman bunga segar miliknya.

Bunga Hydrangea atau juga dikenali sebagai Bunga Siti Zubaidah merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi.

Terkenal dengan kecantikan dan keunikannya yang mampu berubah warna bergantung kepada tahap keasidan atau kealkalian (pH) tanah turut mendapat tempat di hati para peminat bunga.

Tanah berasid akan menghasilkan bunga biru, manakala tanah beralkali menghasilkan bunga merah jambu.

Dalam video sama dikongsikan Edry, selian Hydrangea, terdapat juga bunga ros dan beberapa lagi jenis tanaman lain.

"Pekebun Malaysia kembali. Bunga yang dah mati kita buang dan ambil beberapa batang, simpan dalam botol kaca di rumah," katanya sambil menunjukkan kegiatannya menjaga dan menghias kediaman.

Rata-rata warganet kagum dengan kegigihan Edry meskipun padat dengan aktiviti lain, tetapi masih mampu menguruskan tanaman dengan baik.

"Seronok konten begini. Tunjuk kami kebun awak. Nabi juga galakkan banyak tengok kehijauan alam," komen @nazirah_mn84.

"Bunga yang cantik, suka hiasan ringkas dalam pasu bunga itu," tambah @neojolyn. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram