
BUAT peminat masakan Peranakan, nama Bibichik terletak di SS2, Petaling Jaya, Selangor bukanlah nama yang asing.
Lokasi yang pernah hidup dengan alunan muzik klasik didendangkan oleh pemain gitar dan penyanyi, Roy Chew mengimbau kembali suasana malam hujung minggu dengan lagu-lagu 90-an daripada Elvis Presley, Cliff Richard dan Stevie Wonder.
Meksipun tiada lagi persembahan Chew, restoran yang berusia hampir tiga dekad itu terus menyajikan masakan 'Lemak Nanas Tiger Prawns' dan 'Honey Sotong'.
BACA LAGI: Ibu ambil tahu! Ini 3 posisi terbaik bantu bayi sendawa lepas menyusu
Kombo nasi goreng Bibichik dengan ayam goreng, udang dan rendang daging wagyu. — The Star
Pemegang saham utama baharu Bibichik, Wong Lin Chi tidak jemu berkongsi titik permulaannya dalam mengambil alih pengurusan perniagaan itu kira-kira enam bulan lalu.
Bapa kepada dua anak itu pada masa sama mengimbau kembali detik apabila ditawarkan peluang tersebut oleh rakan lamanya.
"Dia bertanya sama ada saya berminat untuk ambil alih restoran Peranakan ini kerana pemilik asalnya sudah menarik diri," katanya.
Kali pertama menjejakkan kaki ke dalam premis berkenaan, tanggapan pertama Lin Chi terhadap restoran itu adalah ia kelihatan daif.
"Penyaman udara tidak berfungsi dengan baik. Mangkuk tandas retak dan bertompok.
"Saya juga digigit nyamuk di tiga tempat berbeza.
"Tetapi, rakan tetap menggesa saya untuk duduk dan mencuba makanan di restoran itu dahulu," jelasnya.
(Dari kiri) Yun, Lin Chi dan Chiam mempersembahkan pelbagai pilihan masakan Peranakan di Bibichik. — The Star
Detik itu bermulanya perjalanan beliau selepas mencuba sepinggan terung rangup disalut sos barbeku.
"Sejurus makan, saya terus hubungi pasangan saya yang juga ketua cef perniagaan yakiniku (makanan berkonsep restoran Jepun) kami di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
"Saya beritahu bahawa saya mahu mengambil alih tempat itu," kongsinya.
Langkah pertama selepas mengambil alih restoran itu adalah kerja naik taraf besar-besaran.
Dari ruang makan, sistem pendawaian elektrik, paip, saluran kumbahan sehingga ke ruang dapur.
Semuanya diperbaharui dengan menampilkan sentuhan moden dan klasik.
Aneka masakan sayur-sayuran juga disediakan di restoran tersebut. — The Star
Malah, tandasnya juga diubahsuai sehingga setaraf dengan standard hotel lima bintang.
Isterinya, Virose Yun turut serta menjadi rakan kongsi dalam perniagaan tersebut.
Selepas memulakan kerjayanya dalam bidang kulinari sejak berusia 19 tahun, Ketua Cef Bibichik, Zeniq Chiam dilatih sebagai tukang masak di Persatuan Kusu.
Antara menu baharu yang unik disajikan di Bibichik adalah Nasi Lemak Wagyu.
Menurutnya, kesemua menu disesuaikan dengan citarasa dan selera warga Asia yang mungkin boleh mengubat kerinduan mereka terhadap masakan di rumah. — The Star/GRACE CHEN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram