Tak suka membazir, rancang saat akhir bukan bermakna pasangan anda 'high maintenance', sebaliknya mereka...


  • Cinta
  • Jumaat, 04 Jul 2025

Pasangan gemar merancang setiap perjalanan mungkin seseorang yang lebih tersusun. — Gambar hiasan/Agensi

TERLALU teliti dalam melakukan sesuatu perkara mungkin boleh dilabel sebagai seseorang yang high maintenance dalam sebuah perhubungan.

Tanggapan itu bagaimanapun kurang tepat kerana gaya hidup setiap individu yang berbeza.

Berdasarkan perkongsian pakar menerusi akaun Threads @muizz.zaki_, ciri tersebut sebaliknya menunjukkan bahawa pasangan anda adalah seorang yang sangat teratur dan praktikal.

BACA LAGI: Walau sayang sekalipun wajib ada 'hitam putih' pinjamkan duit pada ahli keluarga, kenalan, elak terjerat muflis

BACA LAGI: Diogo Jota: Perginya sosok aktif pejuang hak wanita, kesaksamaan jantina dalam dunia sukan

Ketelitian pasangan boleh menjadi ciri terbaik dalam sesebuah perhubungan. — Gambar hiasan/Agensi

Antara tanda-tanda pasangan memiliki ciri berkenaan adalah:

1. Suka merancang terlebih dahulu. Segala urusan, dari percutian hingga ke kehidupan harian dilakukan secara terancang.

2. Berhemat dalam berbelanja. Mereka lebih cenderung untuk menilai keperluan sebenar, mengelak pembaziran dan tidak suka berbelanja ikut emosi.

3. Mempunyai senarai untuk pelbagai perkara sama ada senarai barangan dapur, percutian mahupun impian masa depan, semuanya dicatat dan diurus.

4. Susah fokus dalam keadaan rumah berselerak. Mereka lebih tenang dalam ruang yang teratur kerana kekemasan rumah dikaitkan dengan ketenangan minda.

5. Tidak gemar membuat keputusan saat akhir. Bukan kerana cerewet, tetapi mereka lebih menghargai masa dan suka mengelakkan tekanan yang tidak perlu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram