
TIDAK hanya dikenali dengan kehebatan di atas padang, nama Diogo Jota juga dikenang sebagai sosok lelaki yang lantang menyuarakan sokongan dan perjuangan terhadap kesaksamaan jantina dalam dunia sukan.
Meskipun jarang disebut, bintang Liverpool itu ternyata sentiasa hadir menyokong setiap kempen tentang hak wanita yang dianjurkan.
Bukan kerana terpaksa, tetapi kerana Jota benar-benar faham betapa pentingnya perkara tersebut.
BACA LAGI: Baru kahwin tak sampai 2 minggu, mendiang Diogo Jota tinggalkan kekasih zaman sekolah, 3 cahaya mata
BACA LAGI: Liverpool berduka, Diogo Jota terbunuh nahas jalan raya tragis ketika usia 28 tahun
Diogo Jota (kanan) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Rute Cardoso.
Pemain bola sepak Portugal itu juga bahkan pernah menyumbangkan suara untuk menyampaikan mesej berkaitan ketika menghadiri kempen Hari Wanita Antarabangsa.
Beliau pada masa sama menegaskan tentang peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.
Tidak lupa juga Jota memberi penghargaan kepada sosok wanita penting yang membesarkannya (ibu) serta pasangannya.
Pemain bola sepak profesional wanita Brazil, Marta dan bekas pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams juga antara nama yang disebutnya.
Baginya, kedua-dua individu berkenaan menjadi contoh terbaik buat anak perempuannya yang baru berusia dua tahun dan anak lelakinya dalam meneraju bidang sukan.
Justeru, pemergiannya dianggap satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan penyokong, malah buat seluruh komuniti wanita.
Pada Khamis, Jota dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Zamora, Sepanyol.
Jota yang baru sahaja menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 bersama skuad The Reds juga berada dalam kereta bersama adiknya, Andre yang terbabas sekitar A-52 berhampiran Palacios de Sanabria.
Lebih menyedihkan apabila Jota yang berusia 28 tahun baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Rute Cardoso yang sudah bersama bintang The Reds itu sejak sekian lama.
Pasangan tersebut sah berkahwin pada 22 Jun lalu dalam majlis kecil-kecilan yang hanya dihadiri sahabat rapat dan keluarga dengan lokasi perkahwinan tidak dapat dipastikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram