
KEHILANGAN orang tersayang terutama ahli keluarga sememangnya antara ujian paling berat dalam hidup.
Lebih menyayat hati apabila berita duka itu diterima lambat gara-gara terlepas daripada panggilan penting.
Mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman beberapa pengguna media sosial baru-baru ini, orang ramai disarankan untuk tidak menetapkan telefon pintar dengan mod senyap atau silent mode.
BACA LAGI: Diogo Jota: Perginya sosok aktif pejuang hak wanita, kesaksamaan jantina dalam dunia sukan
BACA LAGI: Ibu ambil tahu! Ini 3 posisi terbaik bantu bayi sendawa lepas menyusu
Berdasarkan kisah dikongsikan pengguna akaun Thread @ciksenyumm_, tabiat tersebut memberikan penyesalan sepanjang hidupnya apabila tidak berkesempatan bersua muka kali terakhir dengan arwah bapanya.
"Tak pernah buat mod senyap, tetapi ada satu malam itu tidur agak lewat dan sekali dengan ibu mertua.
"Sebab risau ganggu kalau bising, saya pun senyapkan telefon. Tiba-tiba suami balik kerja sekitar pukul 3 pagi dan terus peluk saya.
"Dia cuma cakap ayah jatuh dan bergegas kemas baju. Bila saya tengok telefon, berpuluh panggilan tak berjawab, buka mesej dari sepupu pun beritahu ayah dah tiada," tulisnya.
Situasi tersebut turut berlaku kepada beberapa pengguna lain yang lewat menerima berita kehilangan ibu dan datuk disebabkan mod tersebut.
"Saya pernah buat mod senyap sebab anak demam. Ingat lagi pukul 3 pagi anak meragam tetapi rasa getaran pada telefon banyak kali.
"Tengok-tengok ada panggilan daripada ayah beritahu mama sudah tiada sambil menangis," kongsi @cikdaniahamzah.
Meskipun terdapat kelebihan lain apabila menetapkan telefon pintar dalam mod senyap iaitu untuk mengurangkan gangguan, namun sebaiknya tidak menjadikan ia sebagai amalan terutama ketika tidur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram