'Mommy akan sentiasa berada di sisi Fatima', Fazura terharu saksi puterinya tenang beraksi atas pentas


  • Bonda
  • Isnin, 07 Jul 2025

Fazura meluahkan rasa bangga selepas melihat Fatima tenang membuat persembahan di khalayak ramai.

PELAKON dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, 42, meluahkan rasa bangga dan syukur terhadap anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang kini genap lima tahun.

Dalam satu hantaran di Instagramnya, Fazura berkongsi rasa terharunya menyaksikan Fatima tampil yakin membuat persembahan sempena Hari Kebudayaan di sekolah meskipun beraksi di hadapan penonton yang ramai.

Bagi pelakon filem Pisau Cukur (2009) tersebut, momen itu bukan sekadar satu persembahan biasa, malah menjadi bukti bahawa usaha dan semangat yang ditanam sejak kecil mampu membuahkan hasil.

BACA LAGI: Dipandang rendah pemain Eropah, Deborah Wong kongsi pengalaman berdepan situasi sukar jadi pengadil golf

BACA LAGI: Sentuhan 'magis' dari kayu palet terpakai menjadi perabot, item hias ekslusif penuh gaya

 

 

Sebagai ibu, beliau kagum dengan keberanian anaknya yang tetap tenang dan menguasai pentas meskipun tidak melihat kelibat ibunya seperti tahun sebelumnya.

“Mommy tak dapat nak gambarkan betapa bangganya mommy dengan Fatima. Fatima tunjuk yang usaha keras selama ini berbaloi apabila berjaya buat persembahan dengan begitu yakin dan lancar.

"Kalau orang dewasa pun boleh rasa takut naik pentas, apatah lagi Fatima yang baru lima tahun. Tapi Fatima tetap berjaya, walaupun tak nampak mommy dekat depan macam tahun lepas,” tulis Fazura penuh kasih sayang," tulisnya.

Fazura turut berkata, beliau bangga melihat Fatima semakin berdikari, bijak dan berani.

Katanya, Fatima bukan sahaja memberi semangat kepada dirinya sebagai ibu, tetapi juga membuatkan beliau yakin bahawa mereka berdua mampu menjalani kehidupan dengan lebih bahagia walaupun hanya berdua.

Dalam pada itu, Fazura turut mengimbas kembali pengorbanannya sebagai ibu, termasuk fasa kehamilan, proses kelahiran, waktu berjaga dan melayani tantrum.

"Mommy harap Fatima ingat yang mommy akan sentiasa berada di sisi Fatima dalam apa jua keadaan sekali pun," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram