
PENGGUNAAN earbuds, headphones atau fon telinga di tempat awam kini dilihat menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat kini.
Kebiasaannya ramai yang menggunakannya ketika mengunjungi pusat beli-belah, di dalam pengangkutan awam atau sedang beriadah.
Gaya hidup tersebut bagaimanapun dilihat mampu memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada penggunanya.
BACA LAGI: Hasnah Mohamed Hashim kini pemangku Ketua Hakim
BACA LAGI: [VIDEO] 'Corak tak jadi pun laku', seni batik tanah liat makin memikat hati rakyat Malaysia
Menurut video dikongsikan doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan, penggunaan secara berpanjangan juga berisiko untuk mengalami masalah pendengaran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr Mohd Hazmi Mohamed pada masa sama menjelaskan bahawa risiko utamanya adalah Noise-Induced Hearing Loss (NIHL), iaitu kerosakan pendengaran akibat bunyi yang terlalu kuat.
"Earbuds lebih berisiko berbanding headphones kerana ia kecil dan diletakkan lebih dalam hampir ke gegendang telinga.
"Tetapi, tidak bermakna headphones lebih selamat," jelasnya.
Katanya, berdasarkan data kajian penyelidikan yang dijalankan di luar negara rata-ratanya menunjukkan penggunaan berterusan atau berlebihan boleh mendorong kepada risiko tersebut.
Malah, kajian dalam Jurnal Perubatan di Malaysia yang diterbitkan pada awal 2002 mendapati bahawa lebih 20 peratus pekerja perkhidmatan pelanggan yang memakai headset lebih tujuh jam sehari mengalami gangguan pendengaran.
"Bila pakai terlalu lama, ia boleh menyebabkan kelembapan terperangkap dalam saluran telinga.
"Tanda-tanda awal mungkin pesakit akan alami masalah telinga berdengung atau tiba-tiba bercakap dengan nada yang tinggi sebab tak boleh dengar.
"Ini juga boleh menyebabkan jangkitan di telinga kerana earbuds itu akan menolak taik telinga sehingga jadi terkumpul," katanya.
Justeru, Dr Mohd Hazmi menyarankan orang ramai untuk menggunakan formula 60-60 untuk penjagaan telinga.
Tambahnya, bunyi maksimum untuk penggunaan alat tersebut juga tidak melebihi 85 decibel secara berterusam selama lapan jam.
"Paling penting volume maksimum 60 peratus sahaja dan bila sampai 60 minit mesti rehat," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram