Derita wanita ditinggalkan suami, lumpuh lepas beranak czer, tulang belakang mereput


  • Maya
  • Selasa, 01 Jul 2025

SEORANG wanita di Kampung Padurenan, Mustika Jaya, Indonesia terpaksa menanggung derita lumpuh seluruh badan selepas melahirkan anak keempatnya secara pembedahan caesarean atau czer di Hospital Kota Bekasi pada September 2024.

Mangsa, Ratih Raynada, 30, mendakwa hadir ke hospital dalam keadaan sihat dan mampu berjalan seperti biasa sebelum menjalani pembedahan.

Sewaktu prosedur berjalan, Ratih mendakwa bahawa ubat bius yang diberikan tidak berkesan sepenuhnya sehingga menyebabkan rasa sakit melampau.

BACA LAGI: Cantik tapi rasa sempit? Kerap tinggal solat Subuh, bertengkar antara 8 sebab rumah kurang 'barakah'

BACA LAGI: [VIDEO] Mengaku makin cantik, Nikita Mirzani dedah rahsia wajah 'glowing' sepanjang dalam penjara

Ratih (kanan) yang hanya terlantar dan tidak boleh bekerja. — Agensi

"Ketika pembedahan, saya masih sedar apabila disuntik bius. Saya sampai menjerit kesakitan, tetapi doktor hanya cakap 'angkat kaki'," katanya.

Ratih berkata, walaupun anaknya selamat dilahirkan, dia mula rasa kesan pada badannya yang luar biasa selepas pembedahan.

Pada mulanya, pihak hospital memaklumkan ia adalah perkara biasa, namun keadaan fizikalnya semakin merosot dan tidak menunjukkan tanda pemulihan.

Beberapa bulan kemudian, Ratih kembali ke hospital dan menjalani pemeriksaan lanjut.

Doktor kemudiannya memaklumkan bahawa tulang belakangnya mengalami kecederaan teruk dan mencadangkan pembedahan pemasangan pin logam.

"Saya terkejut apabila diberitahu tulang saya reput dan perlu dimasukkan pin.

"Jika tidak laukan itu, saya diberitahu akan lumpuh sepenuhnya.

"Kerana takut, saya akhirnya mengalah dan bersetuju," jelasnya.

Namun, selepas pembedahan kedua itu, keadaannya semakin memburuk dan rasa sakitnya semakin merebak ke seluruh badan dan kini tidak lagi mampu duduk mahu pun bersandar.

"Doktor yang bedah tidak sama dengan periksa saya sebelum ini. check, yang check bukan yang letak pin.

"Saya keliru nak rujuk siapa kerana masing-masing berbeza. Semua jadi tak jelas," katanya.

Menurut keluarganya, pelbagai alasan diberikan oleh pihak hospital termasuk disyaki mengalami penyakit tulang, kerosakan saraf dan masalah gula dalam darah.

Namun, tiada penjelasan kukuh diberikan tentang punca sebenar kelumpuhan Ratih.

"Saya hanya mahu sembuh dan kembali menjaga anak-anak," katanya sayu.

Lebih menyayat hati apabila Ratih kehilangan tempat bergantung apabila suaminya meninggalkan keluarga sejak Februari lalu. 

Anak-anaknya juga terpaksa berhenti sekolah kerana ketiadaan sumber pendapatan.

Ratih dan kesemua anaknya kini ditanggung dan dibantu oleh bapanya di kampung.

Sementara itu, Pengarah Hospital Kota Bekasi, Dr. Kusnanto Saidi menegaskan bahawa pihaknya telah menjalankan rawatan mengikut prosedur perubatan sedia ada.

Menurut beliau, Ratih hanya kembali semula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut pada Disember 2024 iaitu hampir tiga bulan selepas pembedahan dilakukan.

"Sepanjang tempoh itu, tiada sebarang aduan atau laporan dikemukakan kepada kami.

"Jadi, wujud jurang masa yang agak panjang antara rawatan dan aduan," jelasnya.

Kusnanto mendakwa, pihaknya juga beberapa kali mengadakan pertemuan dengan keluarga pesakit, namun menyifatkan harapan mereka terlalu tinggi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram