
SEORANG wanita tidak menyangka kayuhan selama dua jam di tengah padang pasir membawa kepada pertemuan mengejutkan dengan pemimpin tertinggi Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, wanita berkenaan dilihat sedang berbasikal sendirian sebelum dihampiri sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam berhenti di sisinya.
Ketika itu, seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang hadapan keluar dari kenderaan dan menghulurkan sebotol air kepadanya.
BACA LAGI: 'Seburuk-buruk manusia adalah dedah aib pasangan', pendakwah jelas erti amanah dalam rumah tangga
Girl was cycling alone in desert for 2 hours and ruler of Dubai appeared and gave her a refreshment pic.twitter.com/vi9pz9IVm9
— internet hall of fame (@InternetH0F) June 30, 2025
Lebih mengejutkan, individu yang memandu kenderaan itu merupakan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya memuji tindakan spontan itu dengan mengagumi sikap rendah diri dan keprihatinan Sheikh Mohammed.
"Disayangi oleh rakyatnya," kata Vazaqii.
"Cara mudah untuk buat seseorang tersenyum," kata Conservative Waters.