
BIARPUN hubungan pernah terputus di tengah jalan dan wanita sempat menerima lamaran lelaki lain, namun akhirnya takdir menyatukan semula dua hati yang telah bertaut sejak usia remaja.
Itulah kisah cinta yang dikongsi pengantin perempuan, Heny Enhy menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik ke media sosial, sekali gus menyentuh hati ribuan pengguna.
Dalam rakaman itu, Heny dan pasangannya dilihat menyarungkan busana tradisional berkonsepkan adat Bugis, lengkap dalam suasana penuh adat dan budaya.
@heny.enhy pemecah rekor pacaran 17 tahun 2008 ke 2025 dari usia 15 tahun & nikahnya di usia hampir 32 tahun drama yang panjang bahkan putus nyambung & sudah dilamar orang lain tapi tetap dialah jodohku #kisahku @Jimin @With you @Wia Bae @AudiaJabal @Aurora @Azka Icha @cinta Icha @Hanabi @Indah @iyie @Kedai Garin @Kiby @Moon @my @Rasmi suara asli - moment_musik - JEMBER PARTY
Namun, paling menarik perhatian adalah kisah di sebalik majlis itu iaitu cinta yang bertahan selama 17 tahun bermula sejak mereka sama-sama berusia 15 tahun.
“Penamat kepada drama 17 tahun bercinta. Kami pernah berpisah, saya sempat dilamar orang lain… tapi akhirnya tetap dia yang menjadi jodoh saya,” tulis Heny.
Menurut Heny, mereka memulakan hubungan sejak zaman persekolahan, ketika sedang bergelut mencari arah hidup selepas kehilangan ayah.
Ketika itu, lelaki itulah yang hadir dan terus setia menemani walaupun diuji masa, jarak dan keadaan.
“Target asal nak kahwin umur 20 tahun, tetapi takdir ALLAH menentukan kami disatukan pada usia saya 31.
"Kamu buktikan bahawa masih ada lelaki yang tahu menepati janji, walaupun menunggu bertahun-tahun,” tambahnya.
Heny turut meluahkan bahawa 17 tahun bukanlah tempoh yang singkat.
Sepanjang tempoh itu, mereka berdepan pelbagai ujian dan konflik, namun akhirnya berjaya mengharunginya bersama.
“Kamu bukan sekadar teman hidup, tapi juga menjadi figura ayah kepada saya. Terima kasih kerana mendidik saya jadi wanita yang lebih kuat,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum melihat pasangan itu mampu bertahan dalam hubungan percintaan yang panjang.
"Benar kata orang kalau sudah jodoh mahu sejauh apapun dia pergi pasti akan mencari jalannya untuk pulang," Bv.tterswyt.
"Definisi sebenar jagain jodoh sendiri," kata Aurora.
"Kalau dah jodoh, tak ke mana," Icha. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram