
PEMERAH pipi atau blusher berfungsi lebih daripada sekadar penyeri wajah. Selain dioles pada pipi, produk pelbagai guna ini boleh digunakan sebagai penyeri bibir atau pewarna kelopak mata.
Kepesatan inovasi dan teknologu dunia kecantikan telah mempelbagaikan pilihan untuk pemerah pipi dan kini muncul dalam bentuk krim serta 'tint' yang lebih lembut dan lebih mesra kulit.
BACA LAGI: ‘She means business!’, ini 6 rekaan kasut setiap wanita bekerjaya perlu ada
Pasaran untuk pemerah pipi generas baharu ini semakin rancak dan kebanyakan jenama kecantikan hari ini tampil dengan beraneka pilihan.
Berikut antara produk pemerah pipi yang menjadi buruan wanita masa kini:
Huda Beauty Blush Filter Liquid Blush, RM120
Pemerah pipi bukan lagi sekadar tekstur serbuk kering yang kebiasaan digunakan, dunia solekan kini menyaksikan revolusi tekstur dengan formula baharu.
Lebih segar dan mesra kulit, pilihan dari Huda Beauty ini berupa cecair ringan atau 'tint' yang mampu menyerap dengan lebih sempurna.
Tekstur seolah-olah krim nyata mampu melembapkan bibir kerana ianya dicipta khusus untuk memberikan kemasan lebih semula jadi malah tahan lama.
Haus Labs by Lady Gaga Color Fuse Glassy Blush Balm Stick, RM172
Formula terkini hadir dengan tekstur yang lebih ringan, namun tetap berkesan meninggalkan rona berpigmen tinggi ibarat kulit kedua.
Tak perlu risau kerana stik pemerah pipi Haus Lab ini tidak bercapuk. Ia adalah blusher generasi baharu yang mudah diadun, boleh dibina lapis demi lapis mengikut gaya dan intensiti yang diinginkan.
Nudestix Nudies Matte All Over Face Color Blush in Naughty N’ Spice, RM175
Setiap sapuan bukan sahaja menambah seri, malah turut merawat kulit. Kandungan seperti arnica fermentasi, beri goji dan vitamin E memastikan kulit kekal lembap, sihat dan bersinar dari dalam.
Diserikan lagi dengan kemasan dewy atau matte semula jadi, pemerah pip Nudestix adalah pelengkap terbaik buat gaya solekan siang mahupun malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram