
JENAMA mewah Perancis, Longchamp membawakan suasana unik di kota Paris ke Pavilion, Kuala Lumpur menerusi pelancaran Longchamp Parisian Artisans Pop-Up bermula 26 Jun sehingga 6 Julai ini.
Pop-up ini diadakan sempena musim luruh 2025 antara Longchamp dan pelukis serta pembuat seramik dari Paris, Perancis, Constantin Riant.
Kolaborasi ini menyatukan elemen seni dan kraf tangan tradisioanl Perancis dalam bentuk beg tangan, aksesori dan pakaian harian seperti jaket kerja dan T-shirt.
BACA LAGI: Anak susah dengar kata? Usah gusar, cuba 3 cara mudah didik mereka jadi pendengar yang baik
BACA LAGI: Malu kena kecam sebab lepas tanggungjawab, 2 anak perempuan ambil semula ibu di rumah kebajikan
Suasana Longchamp Parisian Artisans Pop-Up dari bahagian luar gerbang masuk kompleks beli-belah Pavilion KL. — Longchamp
Riant mengetengahkan sentuhan lakaran biru kobalt khasnya yang diilhamkan daripada suasana kejiranan Paris seperti kedai klasik, papan tanda tulisan tangan dan seni artisan.
Rekaan pop-up itu sendiri menyerupai kawasan kejiranan Paris yang dihiasi dengan wajah kedai serta perincian artistik.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman seakan berada di kota cinta itu termasuk minum kopi, menjamu pastri, membawa pulang bunga segar dan potret istimewa yang dilukis tangan.
Selebriti tempatan turut memeriahkan suasana, antaranya pempengaruh, Sharifah Rose dan pelakon, Mimi Lana yang mengenakan persalinan dari koleksi musim luruh/sejuk Longchamp, dipadankan dengan beg bahu Le Roseau M dan cincin kunci berbentuk croissant.
Orang ramai boleh mengunjungi pop-up ini setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam di Aras 3, pintu masuk utama Pavilion KL. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram