
SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa dan tertekan apabila hidup dalam rumah tangga bersama suami yang bersikap dingin, tidak suka bersosial dan langsung tidak menghormati keluarga mentua.
Menerusi satu hantaran tular di laman Instantaneous Intuitive Upright Moving (IIUM) Confessions, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ruhaili meluahkan bahawa dia sudah lama memendam rasa, namun semakin hari semakin sesak jiwanya dengan sikap suami yang langsung tidak berubah.
“Saya rasa macam kahwin dengan tunggul. Lelaki yang tak ada jiwa, tak ada semangat nak hidup bersama sebagai keluarga,” katanya.
BACA LAGI: Kahwin sebelum umur 25 bukan beban, 5 'trick' kumpul duit, tak perlu berhutang, harap tajaan
Seorang lelaki gemar mengasingkan diri sehingga menjejaskan hubungan rumah tangganya. — Gambar Hiasan
Menurut Ruhaili, suaminya bukan saja enggan keluar bersama keluarga ke majlis-majlis penting seperti kenduri atau sambutan hari raya, malah mengelak setiap kali diajak pulang ke rumah ibu bapa Ruhaili.
“Kalau kenduri, raya atau apa-apa majlis keluarga, dia takkan ikut. Alasan dia, malas, tak minat dan tak selesa dengan orang. Tetapi kalau kawan ajak keluar, pandai pula cari tenaga,” luahnya.
Ruhaili turut berkata, pasti berlaku pertengkaran setiap kali dia mengajak suaminya untuk keluar berjalan bersama anak.
"Saya ajak pergi shopping atau jalan-jalan dengan anak pun jadi isu. Dia tak suka dan bagi alasan penat kerja," katanya.
Namun, si suami sama sekali tidak keberatan untuk keluar bersama rakan jika melibatkan hal yang diminatinya.
“Nak bawa anak keluar pun susah. Tetapi bila dia nak keluar dengan kawan, tak ada masalah pula. Saya penat buat semua benda sendiri,” katanya.
Lebih mengecewakan, apabila Ruhaili menyuarakan hasrat untuk berpisah, suaminya sama sekali tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menyelamatkan hubungan mereka.
"Dia cuma cakap, 'Kalau nak cerai, cerailah. Tak ada masalah'," katanya.
Walaupun sering rasa terabai dan tidak dihargai, Ruhaili masih bertahan demi anak mereka serta kerana tidak mahu memalukan keluarga.
Namun, dalam hatinya, dia mengakui semakin letih dan kecewa.
“Saya cuma nak hidup normal macam orang lain. Ada suami yang hormat keluarga, bawa isteri dan anak keluar dan tahu tanggungjawab,” katanya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram