[VIDEO] 'Jenny dahulu senior saya,' KJ kenang gaya kepimpinan Jenny Malai Ali yang disifatkan penuh empati


  • Sukses
  • Ahad, 29 Jun 2025

Jenny disifatkan sebagai wanita yang memiliki gaya kepimpinan berteraskan kebaikan dan empati.

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mengimbas kembali kenangan zaman persekolahannya bersama personaliti terkenal, Jenny Malai Ali, yang disifatkannya sebagai pemimpin berjiwa besar dan penuh empati.

Dalam satu episod podcast yang dikendalikannya, KJ mendedahkan bahawa kembar kepada Paula Malai Ali itu pernah menjadi Presiden Majlis Pelajar ketika mereka menuntut di sekolah yang sama dan beliau sendiri ketika itu merupakan ahli majlis yang dua tahun lebih muda.

“Memandangkan dia duduk di sebelah saya sekarang, saya nak kongsi yang saya banyak belajar tentang kepimpinan daripada dia.

“Saya masih ingat, Jenny ialah Presiden Majlis Pelajar dan saya pula baru sertai sebagai ahli. Secara teknikal, dia merupakan bos saya ketika itu,” katanya.

BACA LAGI: Kahwin sebelum umur 25 bukan beban, 5 'trick' kumpul duit, tak perlu berhutang, harap tajaan

BACA LAGI: Individu tak pernah ajar mencintai diri semasa kecil, akan tunjuk tingkah laku ini ketika dewasa, terutama point 2

KJ berkata, meskipun berada di alam persekolahan yang sering kali penuh tekanan dan persaingan, Jenny menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang berteraskan kebaikan dan empati tetap mampu memberi impak besar.

“Sekolah menengah bukan tempat yang mudah. Tapi Jenny menunjukkan bahawa kita boleh memimpin dengan kelembutan dan belas ihsan. Itu bukan sesuatu yang biasa kita lihat di peringkat sekolah,” jelasnya.

KJ turut mengucapkan penghargaan kepada Jenny atas gaya kepimpinan yang ditunjukkannya sejak dahulu lagi.

“Saya sentiasa ingat kepimpinan Jenny yang penuh kasih sayang ketika menjadi Presiden Majlis Pelajar. Terima kasih, Jenny," katanya. 

Jenny kini bergelar Pengurus Besar stesen radio Kristal FM di Brunei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Chan