Individu tak pernah ajar mencintai diri semasa kecil, akan tunjuk tingkah laku ini ketika dewasa, terutama point 2


  • Cinta
  • Khamis, 26 Jun 2025

Banyak tanda-tanda yang biasa dilihat dalam kalangan orang dewasa yang tidak pernah diajar mencintai diri sendiri. — Gambar hiasan

SEBAHAGIAN besar golongan dewasa sebenarnya masih menyimpan luka lama yang tidak kelihatan antaranya kurang rasa cinta dan penghargaan terhadap diri sendiri sejak kecil.

Menurut pakar psikologi, individu yang tidak dibesarkan dalam suasana menyokong emosi dan harga diri berisiko menunjukkan beberapa tingkah laku tertentu apabila dewasa. 

Lebih membimbangkan, ramai antara mereka tidak sedar bahawa sesuatu dirasakan atau lakukan berkait rapat dengan cara dibesarkan.

BACA LAGI: 'Saya sendiri sebagai ibu dapat rasakan', Sesal alunan Siti Nurhaliza singkap penderitaan hilang anak perempuan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tahun ini mungkin ada, tahun depan belum tentu', rakam foto keluarga jadi tradisi Aidilfitri Tokti sekeluarga

Sering mengkritik diri sendiri menjadi petanda seseorang tidak diajar mencintai diri sendiri. — Gambar hiasan

Berikut antara tanda-tanda biasa dilihat dalam kalangan orang dewasa yang tidak pernah diajar mencintai diri sendiri:

1. Suka mengkritik diri sendiri

Golongan sebegitu sering menyalahkan diri sendiri walaupun atas kesilapan kecil. 

Mereka juga meremehkan pencapaian sendiri dan sukar merasa bangga terhadap kejayaan yang dicapai. 

Corak pemikiran itu biasanya terbentuk sejak kecil apabila kurang mendapat dorongan positif daripada keluarga.

2. Sukar menetapkan batasan dalam hubungan

Mereka sering mengutamakan keperluan orang lain berbanding diri sendiri termasuk dalam hal yang memudaratkan kesihatan mental atau fizikal.

Sikap terlalu ingin menyenangkan orang lain menyebabkan mereka jarang berkata 'tidak', walaupun berada dalam situasi yang tidak selesa.

Cute couple in a city. Lady in a white dress. Pair sitting on a cafe

Takut menyendiri walaupun berada posisi salah menjadi petanda seseorang tidak diajar mencintai diri sendiri. — Gambar hiasan

3. Tidak selesa menerima pujian

Ramai dalam kalangan mereka merasa canggung atau menolak apabila diberikan pujian.

Ini menunjukkan mereka tidak percaya diri layak menerima penghargaan, serta masih bergelut dengan rasa rendah diri yang mendalam.

4. Berusaha terlalu keras menutupi kekurangan

Segelintir individu menunjukkan kecenderungan untuk menjadi sempurna dalam semua aspek. 

Mereka mudah berasa gagal jika melakukan kesilapan kecil dan sering memaksa diri bekerja berlebihan demi kelihatan cukup di mata orang lain.

5. Terlalu bergantung pada pengiktirafan orang lain

Mereka mudah terkesan dengan pandangan orang sekeliling dan sering bergantung kepada pujian atau penerimaan luar untuk merasa dihargai. 

Ketiadaan rasa yakin secara dalaman menyebabkan mereka terus mencari pengesahan daripada orang lain.

6. Takut untuk bersendirian

Ramai yang mengaitkan kesunyian dengan rasa ditolak atau tidak disayangi. 

Akibatnya, mereka sanggup kekal dalam hubungan yang tidak sihat semata-mata kerana takut bersendirian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram