[VIDEO] Sharifah Zarina terharu saksi 'live' Kiswah Kaabah ditukar ketika tunai haji, berbaloi berdiri lebih 3 jam


  • Maya
  • Jumaat, 27 Jun 2025

Detik bermakna buat Sharifah Zarina apabila berpeluang menyaksikan penukaran Kiswah Kaabah.

PENYANYI popular dengan lagu Langit Ketujuh, Sharifah Zarina Wan Hasan memanjatkan rasa syukur apabila diberi peluang melihat detik bersejarah ketika menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagramnya, Sharifah Zarina yang menunaikan haji bersama suami, Buswani Abdillah, kakaknya, Sharifah Nooraida dan abang iparnya menyaksikan penukaran Kiswah atau kelambu kain hitam bersulam benang emas yang menutupi binaan Kaabah.

Meskipun terpaksa berdiri selama lebih tiga jam, momen itu dianggap berbaloi dan penuh bermakna baginya.

BACA LAGI: Putera William hargai pengorbanan 'pahlawan' wanita, pelindung, pejuang hidupan liar menerusi dokumentari khas

BACA LAGI: [VIDEO] Sanggup berjaga awal pagi setiap kali peperiksaan, anak penjual jerami berkorban demi biasiswa ke universiti

"Alhamdulillah, dapat menonton secara langsung (live) penukaran Kiswah Kaabah untuk tahun ini (2025).

"Lebih tiga jam saya dan suami berdiri tapi sangat berbaloi.

"Satu kenangan luar biasa sempena 1 Muharram 1447 Hijrah (tahun baharu dalam kalendar Islam)," tulisnya.

Penukaran Kiswah Kaabah merupakan tradisi tahunan yang dilaksanakan pada awal tahun Hijrah dan menjadi simbol penyucian serta penghormatan tertinggi terhadap tempat ibadat.

Ia juga dilakukan selepas tujuh peringkat pembuatannya selesai dilakukan di Kompleks Raja Abdulaziz di Umm Al-Joud yang mengambil masa kira-kira 11 bulan.

Kiswah baharu kini terdiri daripada sulaman 42 keping sutera hitam, 68 ayat al-Quran yang turut disulam dengan benang perak bersadur emas 24 karat sekali gus menjadikan berat keseluruhan Kiswah ialah kira-kira 1,415 kilogram (kg). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram