Pilih satu kerusi, kenali diri anda dalam 5 saat, sama ada suka mengawal atau kesunyian


  • Sihat
  • Jumaat, 27 Jun 2025

'Bean bag' mungkin menunjukkan anda seorang yang menghargai keindahan dan kesederhanaan dalam hidup. — Gambar hiasan/Freepik

UJIAN personaliti sering jadi tumpuan ramai di media sosial. Ada yang berbentuk ilusi optik, gambar pelik yang kononnya boleh ‘membaca’ diri anda atau ujian mudah seperti cara anda memegang telefon atau bentuk jari.

Walaupun ujian ini tidak disahkan secara saintifik, ia menggunakan prinsip psikologi asas untuk mengenal pasti corak pemikiran atau kecenderungan emosi seseorang.

Ujian seperti ini sebenarnya hanyalah hiburan ringan yang menyeronokkan dan boleh membantu anda mengenali sisi peribadi yang mungkin tidak anda sedari. Namun, ia bukanlah alat diagnosis klinikal.

BACA LAGI: Evolusi pemerah pipi: Dahulu serbuk, kini ramai beralih pada 'liquid'

BACA LAGI: Miliki lebih 200 beg tangan Hermes Birkin, sosialit Jamie Chua pernah jual semula demi sara anak-anak, anggap pelaburan berbaloi!

Jenis kerusi juga boleh memberi gambaran tentang personaliti individu menurut psikologi. Agensi

Jika anda mahu pemahaman lebih mendalam dan tepat, alat profesional seperti Myers-Briggs Type Indicator atau ujian personaliti Big Five lebih dipercayai dan disokong penyelidikan.

Baru-baru ini, laman Instagram Social Skills Gang berkongsi satu ujian personaliti berdasarkan gambar mudah yang memaparkan sebuah bilik dengan seorang lelaki sedang duduk, manakala seorang lagi masuk.

Dalam bilik itu terdapat pelbagai jenis kerusi. Anda hanya perlu pilih satu kerusi yang anda mahu duduki.

Pilihan anda dikatakan boleh menggambarkan personaliti anda dalam masa beberapa saat sahaja.

Berikut merupakan personaliti anda mengikut jenis kerusi yang anda pilih:

Kerusi 1 – Anda suka mengawal dan memerhati keadaan sekeliling. Anda seorang peka dan suka menganalisis.

Kerusi 2 – Anda pentingkan keselesaan dan kesederhanaan. Anda seorang yang praktikal dan tidak suka perkara yang rumit.

Kerusi 3 – Anda suka berterus terang dan tidak suka membuang masa. Anda suka terus ke tujuan utama.

Kerusi 4 – Anda menghargai tradisi dan perkara yang biasa. Anda kekal berhubung dengan asal-usul atau nilai lama.

Kerusi 5 – Anda terbuka kepada pengalaman baru tetapi tetap mahu ruang peribadi. Anda tidak suka dicerobohi.

Kerusi 6 – Anda mahukan keselamatan dan kestabilan. Anda suka rutin dan perkara yang boleh dijangka.

Kerusi 7 – Anda berdikari dan selesa bersendirian. Kesunyian bukan masalah buat anda.

Kerusi 8 – Anda tidak takut dengan cabaran atau perkara yang tidak diketahui. Anda seorang yang berani dan ingin tahu.

Kerusi 9 – Anda menghargai alam semula jadi dan ketenangan. Anda seorang yang tenang dan rasa dekat dengan alam.

Kerusi 10 – Anda seorang yang sosial dan suka bersama orang lain, tetapi tetap perlukan masa bersendirian untuk memulihkan kembali tenaga.

Kerusi 11 – Anda sukakan alam semula jadi. Anda menghargai keindahan dan kesederhanaan dalam hidup. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram