
BERSENAM sememangnya antara rawatan terbaik untuk kesihatan fizikal dan mental.
Sama seperti penyanyi wanita terkenal di Singapura, Tanya Chua yang aktif melibatkan diri dalam dunia sukan gimnastik sejak dua tahun lalu.
Wanita berusia 50 tahun itu juga mengejutkan ramai apabila mendedahkan hasratnya untuk menyertai Sukan Master Dunia 2027 yang akan berlangsung di Jepun.
Tanya Chua menemui sinar dalam hidupnya selepas melibatkan diri dalam dunia gimnastik. — Agensi
Chua berkata, keputusan itu lahir daripada keinginannya untuk mendengar dan menghormati tubuh badannya sendiri.
"Badan saya tidak sihat selama bertahun-tahun dan pernah berada titik paling bawah," katanya.
Penyanyi berjiwa kental itu turut mendedahkan bahawa terpaksa bergelut melawan kemurungan selama hampir 14 tahun sebelum ini.
Menurutnya, ia satu tempoh mencabar yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan mental dan fizikal, malah hampir memusnahkan karier nyanyiannya.
"Sudah tentu saya mahu teruskan hidup, tetapi setiap kali bangun tidur saya sukar untuk bernafas.
"Ia perkara yang kita anggap normal sejak lahir," jelasnya.
Kata Chua, beliau berusaha mendapatkan bantuan untuk kesihatan mental sejak 2011, tetapi memilih untuk tidak bergantung kepada ubat.
Beliau menyifatkan ia sebagai peluang untuk meneroka setiap sisi dirinya tanpa berharap kepada bantuan ubat.
"Biarlah hanya saya yang tahu kerana ia sangat peribadi, saya tidak mahu dunia tahu.
"Bercinta tidak menyelamatkan saya. Malah kemurungan itu menjejaskan hubungan.
"Saya perlahan-lahan belajar banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ini," kongsinya.
Chua pada masa sama bersyukur diberikan peluang untuk bertemu individu yang banyak membantunya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram