Wanita rasa terabai, teman lelaki terlalu leka permainan video sampai 7 jam, jejas keharmonian hubungan


  • Cinta
  • Khamis, 26 Jun 2025

Wanita kecewa teman lelaki sering menghabiskan hampir sebahagian besar masa lapangnya dengan permainan video sehingga menjejaskan kebahagian hubungan mereka. — Gambar hiasan/Freepik AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila teman lelakinya yang juga seorang guru menghabiskan sebahagian besar masa lapangnya dengan permainan video sehingga tidak mempedulikan orang sekeliling.

Menurut wanita itu, walaupun lelaki berkenaan seorang yang baik, kelakar dan berdedikasi dalam kerjayanya, beliau tetap berasa terpinggir apabila teman lelakinya lebih fokus bermain permainan video antara enam hingga tujuh jam setiap kali ada waktu terluang.

“Saya tahu dia perlukan ruang dan hobi, tetapi saya rasa macam orang asing. Kadang-kadang saya duduk sebelah dia pun, dia tak perasan,” katanya dalam satu kiriman kepada kolumnis hubungan terkenal, Anna Pulley.

BACA LAGI: 'Terima kasih, betapa besarnya makna ini untuk saya', sambut ulang tahun sendirian, gadis terharu, staf kedai hadiahkan kek coklat

BACA LAGI: [VIDEO] Ambil masa setahun turun berat badan, rahsia penampilan 'fit' Siti Nurhaliza buat ramai wanita terinspirasi

Seorang lelaki gemar bermain permainan video hingga mengabaikan pasangannya dan orang sekeliling.  — Gambar hiasan

Justeru, Anna dalam responsnya menjelaskan, tempoh masa diluangkan lelaki itu sudah melebihi tahap sekadar hobi dan boleh dikategorikan sebagai ketagihan yang memberi kesan langsung kepada hubungan sosial dan emosi.

“Ini bukan lagi soal minat. Enam ke tujuh jam setiap malam itu sudah hampir sama macam kerja separuh masa. Tapi bezanya, tiada gaji dan tiada hal yang berkembang,” tulisnya.

Tambahnya lagi, walaupun permainan video terbukti boleh menjadi alat untuk mengurangkan stres dan membantu sesetengah individu mencapai ketenangan, ia tetap memerlukan batas.

Anna turut mengingatkan bahawa dalam sebarang hubungan, kehadiran pasangan secara emosi lebih penting daripada kehadiran secara fizikal.

“Kalau seseorang lebih banyak meluangkan masa di dunia maya berbanding dengan pasangannya sendiri, ini bukan lagi soal game, tetapi soal keutamaan. Apa yang penting dalam hidup dia?” soal Anna.

Beliau turut menasihatkan agar wanita berkenaan menyuarakan isi hati secara terbuka tanpa menyindir atau menyalahkan agar dapat melihat sama ada masih ada ruang untuk kompromi.

Anna berkata, perkara yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada wanita itu sanggup bertahan dengan situasi tersebut dalam jangka masa panjang.

"Pada penghujung, perhubungan bukan tentang mencari seseorang yang sempurna, tetapi tabiat harian pasangan yang boleh diterima untuk hidup bersama. 

"Setiap hubungan akan ada perkara yang perlu ditoleransi.

"Tetapi kalau anda sentiasa rasa diabaikan dan pasangan enggan berubah, mungkin sudah tiba masa untuk tanya diri sendiri mengenai sanggupkah teruskan,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram