[VIDEO] 'Cantik, tenang', pilot wanita kongsi detik cemas kanopi tiba-tiba terbuka ketika penerbangan


  • Sukses
  • Khamis, 26 Jun 2025

Tangkap layar (kanan) memaparkan detik-detik ketika bumbung kokpit pesawat yang dinaiki Narine terbuka sehingga menjejaskan penglihatannya. — Narine Melkumjan

SEORANG juruterbang wanita dari Belanda, Narine Melkumjan berjaya mendaratkan pesawat kecilnya selepas bumbung kokpit (kanopi) pesawatnya tiba-tiba pecah dan tercabut ketika sedang berada di ruang udara.

Meskipun kejadian berlaku beberapa tahun lalu, namun detik cemas yang dirakam dalam sebuah video kemudian dimuat naik pada tahun lalu itu kembali tular dan menjadi perbualan di media sosial.

Dalam rakaman yang dikongsikan oleh wanita itu sendiri, beliau sedang menjalani sesi latihan akrobatik kali kedua menggunakan pesawat jenis Extra 330LX.

BACA LAGI: Wanita rasa terabai, teman lelaki terlalu leka permainan video sampai 7 jam, jejas keharmonian hubungan

BACA LAGI: 'Terima kasih, betapa besarnya makna ini untuk saya', sambut ulang tahun sendirian, gadis terharu, staf kedai hadiahkan kek coklat

Rakaman memaparkan saat mendebarkan apabila beliau terpaksa bergelut mengawal pesawat selepas pelindung kokpit terbuka gara-gara angin kencang.

Selain itu, beliau juga kelihatan sukar untuk membuka matanya, namun tetap berusaha mengawal pesawat dua tempat duduk itu untuk mendarat dengan selamat.

Lebih mengagumkan, wajahnya masih kelihatan tenang walaupun berada dalam keadaan seperti nyawa di hujung tanduk.

"Pengalaman ini sangat mencemaskan, penuh dengan bunyi bising, sukar bernafas dan penglihatan terganggu. Penglihatan saya mengambil masa hampir 28 jam untuk pulih sepenuhnya," tulis Narine pada ruangan kapsyen video berdurasi empat minit berkenaan.

Menurut beliau, dari sudut aerodinamik, beliau berdepan masalah kawalan pesawat dan gangguan kestabilan.

Bahagian paling sukar baginya adalah mengekalkan kuasa enjin yang memaksa dirinya mengganggu penglihatan dan pernafasan demi memastikan kelajuan pesawat terkawal.

"Disebabkan bunyi yang terlalu kuat, saya sukar untuk mendengar apa yang jurulatih saya kata melalui radio. Saya hanya mendengar 'teruskan terbang'", kongsinya.

Kata Narine, insiden itu mungkin dapat dielakkan jika beliau memeriksa keadaan kapal secara teliti sebelum melakukan penerbangan.

“Pin kunci pada kanopi sebenarnya tidak berada dalam posisi terkunci dan saya gagal menyedarinya semasa pemeriksaan awal.

“Saya juga silap kerana terus menyertai latihan walaupun baru sahaja pulih daripada jangkitan Covid-19, tanpa memberi masa secukupnya untuk tubuh saya benar-benar sihat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram