Mengapa kanak-kanak ADHD mudah 'terkucil'? Berikut penjelasan pakar


  • Bonda
  • Rabu, 25 Jun 2025

Kanak-kanak dengan ADHD berisiko mengalami kesukaran mengawal pundi kencing disebabkan gangguan pada isyarat otak. — ​​​​​​​Gambar hiasan/Freepik AI

JIKA anak mempunyai gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dan pada masa sama menghadapi masalah kawalan pundi kencing atau kerap ke tandas, anda tidak keseorangan.

Ramai ibu bapa terkejut apabila mengetahui bahawa masalah ini sering berlaku serentak.

Ada sebab-sebab jelas mengapa perkara ini berlaku dan lebih penting terdapat langkah praktikal bagi membantu anak anda lebih yakin dan mampu mengawal diri.

BACA LAGI: Anjur 'protes' di 'runway', Sejauh Mata Memandang gegar pentas Jakarta demi masa depan bumi

BACA LAGI: Tukar lampin, jaga bayi antara risiko buat golongan bapa kemurungan

Children are not interested in learning.

Kanak-kanak ADHD turut mengalamai masalah tidur dan gangguan tingkah laku. — Gambar hiasan/Freepik

ADHD boleh menjejaskan kawalan pundi kencing disebabkan beberapa faktor. Ia adalah satu keadaan melibatkan gangguan pada bahagian depan otak (frontal lobe) yang menyebabkan otak sukar mentafsir isyarat daripada pundi kencing apabila ia penuh.

Selain itu, kawalan impuls yang lemah dan mudah terganggu boleh menyebabkan kanak-kanak lambat membina tabiat membuang air secara sihat.

Kanak-kanak ADHD juga kerap mengalami masalah lain yang berkait rapat dengan isu kencing, seperti sembelit, gangguan tidur, gangguan tingkah laku dan gangguan kebimbangan (anxiety).

Masalah seperti sukar mengawal kencing (voiding dysfunction) dan kencing malam (enuresis) juga mengambil masa lebih lama untuk pulih dalam kalangan kanak-kanak ADHD.

Sesetengah ubat ADHD turut memberi kesan terhadap kencing. Ubat jenis amphetamine boleh menyukarkan otot untuk relaks ketika ingin membuang air kecil.

Ubat jenis methylphenidate pula didapati mengubah tekanan dan kapasiti pundi kencing dalam kajian ke atas haiwan.

Namun begitu, ini tidak bermakna anak anda perlu berhenti mengambil ubat. Sebaiknya, bincang dengan pakar pediatrik sekiranya anda perasan perubahan dalam tabiat kencing selepas mula atau menukar ubat, terutamanya apabila dos ubat diubah.

Antara rawatan utama untuk masalah kencing termasuklah memastikan anak kerap ke tandas mengikut waktu yang tetap, mengawal jumlah pengambilan air harian, serta merawat masalah sembelit mungkin menjadi punca gangguan kepada sistem perkumuhan.

Sesetengah kanak-kanak juga mendapat manfaat daripada terapi fizikal lantai pelvis untuk belajar relaks otot tertentu semasa ke tandas.

Jika perubahan tabiat tidak membantu, ubat mungkin diperlukan. Kanak-kanak ADHD lazimnya memerlukan gabungan perubahan tabiat ini dengan terapi tingkah laku khas untuk ADHD.

Asian boy sitting on toilet bowl holding tissue paper- health problem concept

Ibu bapa perlu mendidik anak untuk ke tandas terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa aktiviti. — Gambar hiasan/Freepik

Berikut beberapa tip untuk ibu bapa:

1. Lakukan rutin harian tetap

Rutin boleh membantu mengurangkan gangguan. Kadangkala sukar untuk alihkan perhatian anak daripada aktiviti yang menyeronokkan, jadi ajar mereka ke tandas sebelum aktiviti tertentu. Contohnya sebelum ke sekolah, semasa rehat atau sebelum bermain.

2. Tetapkan matlamat kecil boleh dicapai

Galakkan anak ke tandas setiap dua hingga tiga jam dan sebelum tidur. Fokus kepada membina tabiat baik ini, bukan pada insiden terkencing yang mungkin berlaku.

3. Elak hukuman apabila anak terkencing

Kanak-kanak dengan masalah ini biasanya sudah rasa malu atau bersalah. Hukuman boleh membuatkan mereka lebih tertekan dan rendah diri.

4. Maklumkan guru anak

Maklumkan guru kepada anak supaya mereka faham anak anda perlukan akses ke tandas dan boleh bantu ingatkan anak sebelum mula aktiviti kelas yang menarik perhatian.

Ibu bapa boleh minta surat sokongan daripada doktor untuk memastikan anak dibenarkan minum air dan ke tandas secara berkala.

Masalah terkencing atau kencing malam boleh menjadi pengalaman sukar bagi mana-mana kanak-kanak, apatah lagi yang menghidap ADHD.

Yang penting, bantu anak membina rutin yang sesuai, termasuk rutin ke tandas dan jangan lupa, berjumpalah dengan doktor jika masalah seperti terkencing, kencing malam atau sembelit berlarutan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram