
HASIL kajian kerjasama Denmark-Autsralia menemui bukti yang mengaitkan kekurangan vitamin D berkemungkinan menjadi faktor bayi baru baru lahir menghidap autisme dan Attention Deficits Hyperactive Disoder (ADHD).
Menurut pakar psikiatri Universiti Queensland Australia, Profesor Dr John McGrath, bayi yang kekurangan vitamin D berisiko mengalami beberapa gangguan perkembangan saraf, termasuk anoreksia nervosa dan kemurungan.
"Vitamin D penting untuk perkembangan otak bayi dan paras yang rendah adalah perkara biasa pada wanita hamil di seluruh dunia.
Vitamin biasanya dijana oleh badan melalui pendedahan kepada cahaya matahari, bermakna orang yang tinggal dalam iklim lebih sejuk atau menghabiskan sebahagian besar hari mereka di dalam rumah sering perlu mencari alternatif, sama ada daripada makanan seperti keju, telur dan ikan atau dengan mengambil makanan tambahan," katanya.
BACA LAGI: Jangan pandang remeh, elak kongsi alat peribadi ini walau sesama ahli keluarga
Pemakanan juga mampu mendorong risiko berkenaan terhadap bayi. — Gambar hiasan/Agensi
Katanya, sama seperti pengambilan makanan tambahan seperti asid folik yang disyorkan semasa kehamilan untuk mencegah penyakit spina bifida.
Mengoptimumkan tahap vitamin D pada awal kehamilan juga boleh mengurangkan risiko beberapa gangguan perkembangan saraf.
Kajian itu juga dilakukan di Pusat Penyelidikan Berasaskan Daftar Negara di Universiti Aarhus dan Institut Serum Negeri di Denmark.
Diterbitkan dalam jurnal The Lancet Psychiatry, penemuan itu meliputi individu yang didiagnosis dengan gangguan kemurungan utama, gangguan bipolar, skizofrenia, ADHD, ASD (gangguan spektrum autisme) dan anoreksia nervosa.
"Kajian Hungary yang diterbitkan bulan lalu (Mei) dalam jurnal Nutrient juga mencadangkan bahawa vitamin D boleh membantu mencegah kanser kolon.
"Beberapa penyelidikan yang dijalankan semasa pandemik Covid-19 turut mengaitkan hubungan antara vitamin dan mengurangkan kemungkinan gejala," katanya.
Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet pada April lalu menunjukkan bahawa vitamin D mungkin membantu melawan beberapa penyakit respiratori atau jangkitan di saluran pernafasan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram