Bukan hanya kerana nafsu, pakar dedah 5 sebab pasangan berlaku curang walau masih sayang


  • Cinta
  • Rabu, 25 Jun 2025

Perasaan tidak dihargai boleh menjadi punca seseorang berlaku curang. — Gambar Hiasan

KES curang dalam hubungan bukan sekadar soal nafsu atau godaan semata-mata. 

Di sebalik setiap pengkhianatan, sering tersembunyi emosi tidak terungkap, luka lama yang tidak sembuh dan konflik dalaman tidak pernah diluahkan.

Meskipun ramai berasa curang sebagai perbuatan kejam yang sukar dimaafkan, pakar terapi pasangan menegaskan bahawa tindakan itu kerap berakar daripada isu lebih dalam dan kompleks.

“Kadang-kadang ia bukan tentang orang ketiga, tetapi tentang diri sendiri yang sedang hilang arah,” kata pakar terapi perkahwinan dari Los Angeles, Dr. Patrice Le Goy.

BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda

BACA LAGI: Tak perlu menunggu lama, saintis berjaya cipta ujian ultra pantas yang boleh kenal pasti jenis tumor otak dalam masa 2 jam

Sesetengah individu berlaku curang kerana mahu merasai semula perasaan diberi perhatian. — Gambar Hiasan

Menurut pakar, terdapat lima punca utama mengapa seseorang sanggup berlaku curang seperti: 

1. Mahu rasa diingini dan dipandang bernilai

Sesetengah individu berlaku curang kerana mahu merasai semula perasaan diminati dan diberi perhatian. 

Mereka mungkin bergelut dengan isu harga diri atau berasa tidak lagi dihargai dalam hubungan sedia ada.

“Perhatian daripada pihak ketiga memberi dorongan emosi yang mereka rasa hilang dalam hubungan, walaupun hanya untuk sementara waktu,” kata Dr Le Goy.

2. Tidak puas dalam aspek seksual

Perbezaan keinginan atau kehambaran di kamar tidur juga antara faktor biasa yang mendorong kepada kecurangan. 

Ada yang mencari hubungan luar semata-mata untuk memenuhi keperluan fizikal dirasakan tiada dalam perhubungan asal.

“Mereka kekal bersama kerana kestabilan, tetapi dalam masa sama mengejar keghairahan yang hilang,” kata psikoterapis, Brianna Brunner.

Tekanan hidup seperti kerjaya dan anak-anak boleh menyebabkan pasangan terleka. — Gambar Hiasan

3. Rasa terabai secara emosi

Tekanan hidup seperti kerjaya, anak-anak dan kewangan boleh menyebabkan pasangan terleka sehingga mengabaikan keperluan emosi satu sama lain. 

Apabila seseorang berasa tidak didengar atau dihargai, mereka cenderung mencari perhatian di luar.

“Perkara seperti pujian atau sikap ambil berat daripada individu lain boleh memberikan rasa dihargai yang telah lama hilang,” kata pakar terapi pasangan dari Chicago, Theresa Herring.

4. Takut terluka bila terlalu dekat

Bagi sesetengah individu, membina hubungan yang rapat secara emosi menimbulkan ketakutan. Mereka bimbang akan dilukai, ditolak atau ditinggalkan jika terlalu terikat.

“Disebabkan ketakutan itu, mereka memilih untuk menjauhkan diri dan kecurangan menjadi cara untuk mencipta jarak sebelum hubungan menjadi lebih mendalam,” kata Herring.

5. Cara mudah untuk keluar dari hubungan

Ada juga yang curang bukan kerana cinta pada orang lain, tetapi kerana tidak berani untuk mengakhiri hubungan yang sudah tidak bahagia.

Kecurangan dijadikan jalan pintas untuk mewujudkan perpisahan.

“Ia tindakan tidak matang, tetapi bagi sesetengah orang, lebih mudah ‘kantoi’ daripada berterus terang,” kata Brunner. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram