
DI lereng tanah Sungai Merab, Selangor tersergam indah sebuah kediaman moden yang menjadi simbol kesederhanaan estetik dan fungsi praktikal.
Dikenali sebagai The Leaning Loft, rumah itu hasil sentuhan kreatif Ruang Reka .
Ia sebuah firma reka dan bina yang mengkhusus dalam kediaman moden serta pengubahsuaian dalaman serta luaran.
BACA LAGI: Lelaki ganggu bekas kekasih selama setahun, buat pesanan palsu selepas tolak lamaran berkahwin
The Leaning Loft hasil sentuhan kreatif Ruang Reka.
Moden Minimalis
Menurut Ikhwan Rahim, salah seorang pengasas Ruang Reka, rumah moden itu menampilkan elemen garisan lurus dengan reka bentuk 'sleek' yang menonjolkan kekemasan dan gaya minimalis.
"Rumah moden yang pertama, kita banyak terapkan elemen garisan lurus. 'Sleek design' ini memberikan satu kekemasan dan 'minimalist modern look'," kata Ikhwan kepada Majoriti.
Setiap sudut serta struktur kediaman rumah itu menggambarkan kesederhanaan elegan, dengan penggunaan bahan seperti kayu dan besi di kawasan tertentu untuk menambah tekstur tanpa mencacatkan identiti moden.
Fasad rumah tampil bersih dengan rona neutral seperti putih, kelabu muda dan beige, dipadankan dengan warna kontras kelabu gelap serta terakota yang menjadi titik tumpu visual.
"Kami sorokkan bumbung supaya tidak nampak terlalu 'conventional' dan ia lebih moden," tambahnya.
Setiap sudut serta struktur kediaman rumah itu menggambarkan kesederhanaan elegan.
Inspirasi Alam
Inspirasi utama rumah itu lahir daripada persekitarannya iaitu tanah berbukit yang baharu ditarah.
Struktur ‘The Leaning Loft' dibina mengikut cerun semula jadi, mencipta hubungan harmoni antara rumah dan landskapnya.
"Inspirasi 'design' ini kita ambil daripada 'slope' tanah itu sendiri, supaya rumah ini seiring dengan persekitaran,” jelas Ikhwan.
Landskap gabungan moden dan tropika pula membolehkan penghuni menikmati kehijauan dari dalam rumah melalui tingkap tinggi 'custom' yang memaksimumkan cahaya semula jadi.
Konsep moden diperkemaskan dengan elemen 'curvy' bagi mengimbangi garisan lurus.
Interior Suntik Kelembutan
Di ruang dalam, konsep moden diperkemaskan dengan elemen 'curvy' bagi mengimbangi garisan lurus.
"Kita gunakan bentuk 'arch' dan 'curve' pada kabinet, panel televisyen dan 'feature wall' untuk melembutkan keseluruhan konsep 'modern sleek' ,” terang Ikhwan.
Sebahagian ruang juga direka untuk fungsi praktikal.
Contohnya, 'hidden door' pada kabinet bilik atas menjadi laluan ke tangga, menjimatkan ruang sambil mengekalkan kemasan moden.
Balkoni dibina daripada WPC untuk ruang santai tambahan.
Ruang Praktikal
Bilik utama menampilkan rekaan unik dengan katil di tengah bilik dan siling tinggi berbentuk 'arch' , menyerlahkan rasa luas serta anggun seperti balai istana kecil.
Manakala bilik di atas, balkoninya pula dibina kemudian menggunakan struktur besi dan
‘Wood-Plastic Composite (WPC) Decking' untuk ruang santai tambahan.
Atikah (kiri) bersama ibunya, Hasenah di sudut ruangan kegemaran mereka.
Sentuhan personaliti penghuni
Bagi pemilik rumah, Noor Atikah dan Nik Hasenah, rumah direka oleh Ruang Reka itu mencerminkan cita rasa mereka.
"Kami memang rasa selesa dengan konsep ini. Dah lama kami nak lari daripada rumah tradisional yang biasa-biasa. Ruang Reka berjaya realisasikan apa yang kami bayangkan," kata Noor Atikah.
Hidden door pada kabinet bilik atas menjadi laluan ke tangga, menjimatkan ruang sambil mengekalkan kemasan moden.
Jika anda merancang untuk membina atau mengubah suai rumah moden, Ruang Reka percaya bahawa setiap ruang seharusnya mencerminkan personaliti dan gaya hidup unik penghuni.
"Sebagai pereka, tanggungjawab kita bukan sekadar membina ruang, tetapi menghidupkannya dengan jiwa pemiliknya. Di situlah rumah menjadi benar-benar bermakna," kongsi Ikhwan kepada Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram