'Kate, cinta hatiku selamanya,' nyanyian Putera William jentik emosi, zahir sokongan isteri tarung kanser


  • Cinta
  • Sabtu, 21 Jun 2025

Putera William mengundang sebak ribuan penonton apabila menitiskan air mata sewaktu menyampaikan lagu istimewa buat Kate Middleton.

PEWARIS takhta Britain, Putera William mengundang sebak ribuan penonton apabila menitiskan air mata sewaktu menyampaikan lagu buat isterinya, Puteri Wales Kate Middleton, yang kini bertarung melawan penyakit kanser.

Persembahan itu berlangsung pada malam Selasa dalam konsert istimewa bersama kumpulan legenda Queen dan penyanyi Adam Lambert di Arena O2, London, United Kingdom (UK). 

Di hadapan lebih 20,000 penonton, Duke of Cambridge, 42, mempersembahkan lagu berjudul Somebody To Love sebagai tanda cinta dan penghargaan terhadap isteri tercinta yang turut hadir menyaksikan persembahan tersebut.

BACA LAGI: Kahwin bukan sekadar cinta! Si bujang 'take note' nasihat orang berpengalaman sebelum dirikan rumah tangga

BACA LAGI: Cemburu sampai 'overthinking'? Ketahui 4 cara bijak tenangkan hati demi keharmonian hubungan cinta

Berpakaian santai dengan jaket kulit dan jean biru, William tampil bersahaja, namun penuh emosi.

Suaranya yang bergetar menyatu indah dengan vokal lantang Adam Lambert sehingga mencipta momen menyentuh hati. 

Ketika lagu hampir tamat, William berbisik perlahan dengan menyatakan, “Kate adalah kekuatan saya. Tanggungjawab adalah kebanggaan saya.”

Kate, 43, juga kelihatan tersenyum sambil menyapu air mata iaitu momen yang meruntun jiwa penonton. 

Persembahan tersebut menjadi simbol cinta dan kesetiaan dalam rumah tangga pasangan diraja itu, yang kini berdepan cabaran paling besar dalam hidup mereka. 

Bagi William, peranannya bukan hanya sebagai pewaris takhta, tetapi juga sebagai suami yang setia dan ayah kepada tiga anak mereka iaitu George, 11, Charlotte, 10 dan Louis, 7. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram