‘She means business!’, ini 6 rekaan kasut setiap wanita bekerjaya perlu ada


  • Gaya
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Pilihan kasut yang sesuai dan sopan untuk suasana korporat mengekalkan gaya profesional, keselesaan serta keyakinan diri. — Agensi

MERANCANG pakaian ke tempat kerja selalunya tampak mudah, sehinggalah tiba kepada soal pemilihan kasut, ketika itulah anda mungkin menyedari bahawa gaya kasut anda sudah terlalu lama tidak berubah.

Kasut bertumit runcing sememangnya kelihatan anggun, namun sekiranya anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang lebih segar, terdapat pelbagai pilihan kasut yang sesuai dan sopan untuk suasana korporat.

Pemilihan kasut ini disokong oleh pandangan pakar gaya dan pereka kasut yang berpengalaman dalam dunia fesyen profesional.

BACA LAGI: [VIDEO] Majlis kahwin tema klasik, siap ada kedai runcit papan tanda tulisan Jawi, 'doorgift' ikan kecil

BACA LAGI: Wanita 'insecure' gara-gara tak pernah tunjuk wajah tanpa mekap depan bakal suami, patutkah solekan jadi pengukur cinta?

Valentino

1. Mary Jane

Seorang penggaya peribadi menjelaskan bahawa reka bentuk kasut seperti Mary Jane memberi sentuhan feminin yang tersusun, menampilkan gaya minimalis yang kemas dan sofistikated.

Kasut ini dilihat sebagai alternatif kepada kasut rata biasa kerana ia tetap kelihatan kemas dan disengajakan, bukan seperti gaya kasual.

Chloe

2. Ballet flats

Bagi kasut ballet flats pula, seorang pereka kasut menjelaskan bahawa ia mampu menyerlahkan gaya yang manis dan feminin, tetapi tetap boleh digayakan secara formal, terutamanya apabila dipadankan dengan seluar potongan buku lali dan blaus yang rapi.

Dalam persekitaran kerja yang lebih konservatif, kasut jenis ini memberi ruang untuk menambah elemen gaya tanpa melanggar kod pemakaian.

Alaia

3. Slingback

Slingback pula kekal sebagai pilihan tradisional dalam dunia korporat kerana gayanya yang serba boleh dan mampu menonjolkan penampilan profesional.

Sama ada dalam bentuk tumit kecil atau bertapak lebar, ia memberi impak yang lebih tajam kepada gaya keseluruhan dan membantu memperbaiki postur badan dari segi fizikal dan estetika.

Kasut ini sering dipadankan dengan pakaian berstruktur seperti gaun potongan lurus, skirt pensel atau seluar tailored.

Gucci

4. Loafer

Loafer pula dilihat sebagai pilihan yang seimbang antara keselesaan dan gaya. Reka bentuknya yang kemas memberi sentuhan moden tanpa perlu bertumit.

Ia mudah digayakan dengan skirt midi, skirt pensel mahupun seluar potongan lebar, asalkan dipadankan dengan fabrik berkualiti dan potongan pakaian yang jelas.

Saint Laurent

5. Mules

Kasut yang sesuai untuk ke pejabat ini ibarat rakan kerja yang setia, bergaya, boleh diharap dan tidak cerewet. Mules bertumit rendah mudah dipakai tetapi masih kelihatan kemas dan terurus.

Ia boleh dipadankan dengan seluar berpotongan kemas, skirt midi atau seluar potongan lebar mengikut gaya anda.

Tod's

6. Tumit blok 

Pada hari-hari tertentu apabila anda ingin kelihatan lebih tinggi dan berkeyakinan, blok tumit tinggi boleh menjadi pelengkap gaya yang ideal.

Tumit jenis ini bukan sahaja menambah ketinggian, malah memberi impak terhadap cara anda membawa diri, sekali gus menunjukkan bahawa anda tampil bersedia dan tegas.

Kasut ini paling menyerlah apabila dipadankan dengan pakaian yang tersusun rapi, seperti potongan yang kemas dan padanan helaian yang berstruktur. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram