
DUA jenama antarabangsa yang terkenal dengan rekaan wangian ikonik, Narciso Rodriguez dan Issey Miyake memperkenalkan keluaran baharu bagi tahun 2025.
Narciso menumpukan pada konsep 'kehangatan sentuhan kulit', manakala Issey Miyake mengangkat ilham dari lautan.
Kedua-duanya memilih nota haruman yang bersifat ringan tetapi tetap elegan, sekali gus menjadikannya pilihan terbaik untuk iklim tropika.
BACA LAGI: Bukan sekadar viral, keberkesanan 5 produk wajah ini mengujakan peminat dunia kecantikan
Botol Radiante buat pertama kalinya direka sepenuhnya menggunakan kaca lutsinar.
Bagi Narciso, keluaran terbaharunya diinspirasikan daripada sentuhan lembut kapas atau kasmir putih yang menyentuh kulit.
Masih mengekalkan identiti berasaskan kayu yang menjadi asas koleksi Narciso, Radiante diberi nafas baharu dengan sentuhan aroma kasturi yang lembut.
Buat pertama kali, jenama tersebut menampilkan botol kaca lutsinar berona ungu lembut, dengan reka bentuk kubik dan berpenutup jernih.
Dengan setiap semburan, Radiante memberikan rasa hangat yang lembut lagi menenangkan, merangsang deria dan mencipta memori yang sukar dilupakan.
Narciso Eau de Parfum Radiante
Radiante menampilkan gabungan nota yang lembut dan bersih. Nota pertamanya ialah aldehid (bahan kimia aromatik) yang menaikkan aroma bunga lily of the valley.
Nota tengah terdiri daripada bunga putih, bunga cengkih dan orange flower absolute.
Ia disempurnakan dengan asas kayu cedar putih, cedar Virginia dan kasturi pada nota terakhir.
Sementara itu, Issey Miyake pula melancarkan dua wangian baharu yang diinspirasikan oleh lautan dan pergerakannya iaitu L’Eau D’Issey Eau de Parfum Intense dan L’Eau D’Issey Pour Homme Eau de Parfum.
Kedua-duanya mengangkat tema keindahan dan misteri bawah laut.
L’Eau D’Issey Eau de Parfum Intense (50ml – RM505 | 100ml – RM705)
Wangian ini menggunakan aroma utama Posidonia atau rumpai laut Neptune yang jarang digunakan dalam industri wangian.
Gabungan nota akuatik, herba, bunga ylang-ylang dan ros damascena menghasilkan haruman yang segar dan ringan pada semburan awal, kemudian menjadi lebih hangat dengan tambahan vanila semula jadi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram