
MAJLIS perkahwinan pasangan pengantin, Muhd Alief Roslan dan Elisa mencuri perhatian warga maya apabila tampil dengan konsep perkahwinan bertemakan klasik yang penuh nostalgia dan keunikan tersendiri.
Dalam rakaman yang tular di media sosial, kedua-dua mempelai tampil anggun dalam persalinan baju Melayu berona lembut, dihiasi corak batik halus yang menyerlahkan elemen tradisi.
“Majlis kecil-kecilan yang cukup bermakna di mata kami. Jemputan kami hanya 500 orang,” kata pasangan pengantin itu.
BACA LAGI: Cemburu sampai 'overthinking'? Ketahui 4 cara bijak tenangkan hati demi keharmonian hubungan cinta
Antara paling menarik perhatian ialah sudut khas ala-ala kedai runcit lengkap dengan papan tanda tulisan Jawi.
Di ruang itu, tetamu disajikan dengan pelbagai makanan ringan klasik seperti keropok segera, lolipop berwarna-warni dan aneka coklat lama yang menghidupkan kembali memori zaman kanak-kanak.
Turut mencuri tumpuan adalah cenderamata yang diberikan kepada para tetamu iaitu seekor ikan kecil di dalam bekas air jernih.
Pemilihan doorgift yang tidak konvensional itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, rata-rata memuji keunikan dan kreativiti pasangan pengantin tersebut.
"Pergi nak makan sahaja, balik dapat tanggungjawab. Tapi comel betul," tulis Myramahisham yang merujuk kepada pemberian ikan kecil tersebut.
"Sangat-sangat bagus. Aku pun suatu hari nanti mungkin buat macam ini," tulis Lokmanhvkimm.
Ada juga yang berkongsi pengalaman memelihara ikan sebegitu.
"Adakah itu ikan koi kecil? Guys, ikan itu tak mati kalau pandai jaga. Aku bela letak luar rumah dah lebih tiga bulan.
"Air pun tak pernah tukar, cuma tambah air paip je. Pandai jaga, tak mati," tulis Ammar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram