
MAWAR sering dikaitkan dengan cinta, namun tidak semua orang tahu bahawa setiap warna mawar membawa maksud yang berbeza.
Ketua Pegawai Eksekutif April & Ashley, Tyler Francis berkata, bunga mawar sentiasa menjadi pilihan utama dalam menyampaikan emosi dan penghargaan kerana keindahannya yang tidak lapuk dek zaman.
BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda
“Mawar sentiasa menjadi simbol cinta. Ia tidak pernah ketinggalan zaman, malah semakin istimewa.
"Pelbagai warna yang dimilikinya membawa makna yang berbeza dan difahami secara sejagat," katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Berikut adalah senarai warna mawar berserta maksud yang lazim difahami dalam konteks budaya masyarakat Amerika Syarikat.
Pengetahuan itu bukan sahaja membantu memilih sejambak bunga yang sesuai untuk diberikan kepada insan tersayang, malah boleh digunakan untuk memperindah halaman rumah dengan elemen simbolik yang tersendiri.
1. Merah
Mawar merah sering dianggap sebagai lambang cinta mendalam dan keghairahan.
Ia merupakan pilihan klasik yang sering diberikan kepada pasangan sempena sambutan Hari Kekasih, ulang tahun perkahwinan atau sebagai tanda cinta sejati yang tidak berbelah bahagi.
2. Kuning
Warna kuning pada bunga mawar melambangkan kegembiraan, persahabatan dan semangat positif.
Ia sering dijadikan pilihan untuk meraikan kejayaan seseorang seperti tamat pengajian, kenaikan pangkat atau permulaan baharu dalam hidup.
3. Putih
Mawar putih membawa maksud kesucian, kesetiaan dan permulaan yang baru.
Oleh itu, ia kerap digunakan dalam majlis perkahwinan atau diberikan kepada individu yang sedang memasuki fasa baharu dalam kehidupan mereka seperti kelahiran anak atau berpindah ke rumah baharu.
4. Merah Jambu
Mawar merah jambu yang menjadi simbolik kepada penghargaan yang diberikan kepada seseorang yang dikasihi, sama ada dalam konteks hubungan romantik mahupun kekeluargaan.
5. Ungu
Mawar ungu mencerminkan unsur kemewahan, keanggunan dan keistimewaan.
Ia amat sesuai dijadikan hadiah untuk meraikan kejayaan seseorang, contohnya dalam kerjaya atau pencapaian peribadi.
Selain itu, warnanya yang menonjol menjadikan pilihan ideal sebagai hadiah rumah baharu atau sambutan istimewa.
6. Gambar (Peach)
Mawar pic menggambarkan keikhlasan, rasa hormat dan ucapan terima kasih yang tulus.
Ia sesuai diberikan kepada ibu bapa, guru, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang telah memberikan sokongan dalam hidup kita terutamanya sempena sambutan seperti Hari Ibu atau majlis penghargaan.
7. Jingga
Warna jingga pada bunga mawar melambangkan semangat, tenaga dan keghairahan.
Ia amat versatil dan boleh diberikan sama ada kepada pasangan, rakan atau keluarga.
8. Krim
Mawar berwarna krim sering dikaitkan dengan kelembutan, kesopanan dan pemikiran yang mendalam.
Ia sesuai dijadikan sekadar untuk menggembirakan terutamanya bagi menyampaikan rasa simpati, penghargaan atau tanda prihatin yang penuh ketulusan.
9. Merah Jambu
Warna blush menggambarkan kasih sayang yang lembut dan tidak keterlaluan.
Ia membawa mesej tentang keprihatinan dan perasaan halus terhadap seseorang sehingga menjadikan pilihan indah untuk dihadiahkan pasangan, sahabat baik mahupun ahli keluarga. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram