Suka pakai baju linen walau susah gosok? Warga maya kongsi tip penjagaan elak kedut seribu


  • Gaya
  • Rabu, 18 Jun 2025

Linen kekal menjadi pilihan ramai kerana keselesaannya walaupun terkenal sebagai fabrik yang mudah berkedut dan sukar digosok. — Nomi Design

WALAUPUN linen terkenal sebagai material yang mudah berkedut dan sukar diseterika, ia kekal menjadi pilihan ramai kerana kecantikan teksturnya serta selesa dipakai.

Biarpun tidak praktikal bagi sesetengah individu, minat terhadap linen tidak pernah surut, terutama dalam kalangan penggemar fesyen yang suka untuk tampil santai.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kecewa di ruangan hantaran apabila menyatakan dilema yang dihadapi ketika mengurus pakaian yang diperbuat daripada material itu.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Hidup ini keras’, pelakon wanita popular kini tukang gunting rambut, bancuh simen

BACA LAGI: Berkhidmat sejak 1999, Metreweli wanita pertama ketuai M-I6, cipta sejarah agensi perisikan

 

 

“Saya suka linen, tapi saya tidak suka kedut-kedut dan susah untuk digosok. Saya jadi stres. Macam mana?” tulis @zycz.9.

Pertanyaan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain, termasuk perkongsian daripada seorang warga maya yang berkongsi beberapa langkah penjagaan bagi mengurangkan kedutan pada fabrik berkenaan.

Menurut @areyouzana, pakaian linen sebaiknya dicuci menggunakan mesin basuh dalam mod delicate, handwash dengan tetapan masa selama 15 minit.

Bebanan cucian juga perlu kecil dan tidak dicampur dengan fabrik lain.

Beliau turut menasihatkan agar pelembut fabrik tidak digunakan dan pakaian digantung untuk dikeringkan sejurus selepas kitaran putaran tamat.

Selain itu, penggunaan mesin pengering tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan benang linen.

"Fabrik linen cepat kering sebenarnya. Ia kelihatan cantik dan kemas apabila dikeringkan secara semula jadi," katanya.

Menurutnya lagi, tahap kedutan bergantung pada kualiti fabrik. Linen berkualiti tinggi cenderung kurang berkedut walaupun tidak diseterika, manakala linen yang lebih murah mungkin memerlukan sedikit gosokan walaupun selepas dikeringkan dengan betul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram