Suami tak perlu beri solusi, cukup jadi pendengar isteri meluah, kunci rumah tangga bahagia


  • Cinta
  • Selasa, 17 Jun 2025

Setiap masalah atau luahan isteri tidak perlu diselesaikan dengan segera. — Gambar hiasan/Freepik

DALAM konteks kehidupan berumah tangga, setiap masalah yang dikongsikan oleh isteri tidak semestinya perlu segera diselesaikan.

Pendekatan itu juga ada kalanya mampu mewujudkan jurang besar dalam perhubungan secara tidak langsung menjadikan pasangan semakin menjauh.

Menurut Pegawai Perubatan Pediatrik, Redza Zainol, sokongan emosi bukanlah tentang memberi solusi semata-mata, tetapi lebih kepada menjadi pendengar dengan penuh empati.

BACA LAGI: Ibu hamil jangan berpanas bawah matahari terik, kesan gelombang haba berisiko kelahiran pramatang

BACA LAGI: [VIDEO] Bangkit lepas koma 5 bulan, pengusaha sambal Dapur Pak Amir mula bermodal pertama RM500 gigih ubah nasib keluarga

Mendengar masalah atau luahan isteri dengan penuh empati antara rahsia rumah tangga bahagia. — Gambar hiasan/Agensi

"Apabila isteri bercerita tentang tekanan kerja atau isu dengan rakan-rakan, suami tidak perlu terburu-buru mencari jalan penyelesaian.

"Sebaliknya, cukup sekadar mendengar dan mengiyakan perasaannya," tulisnya menerusi hantaran di aplikasi Threads.

Katanya, perkahwinan juga bukanlah projek untuk disiapkan atau masalah untuk diselesaikan.

Malah, ia merupakan perjalanan bersama yang memerlukan pengertian, bukan sekadar penyelesaian.

Antara pendekatan yang boleh diambil oleh para suami terutama ketika isteri meluahkan perasaannya atau masalah adalah seperti berikut:

Katanya, selepas mendengar, suami tidak digalakkan untuk berdiam diri atau mengunci mulut sahaja.

"Beritahu juga apa yang suami rasa. Contohnya cakap 'saya rasa tak patut dia buat seperti itu pada awak' atau 'saya rasa apa yang awak buat dah betul'.

"Seterusnya, biar isteri rasa tindakan dia betul dan menangkan pihak isteri. Apabila sudah selesai, ulang cara ini sehingga akhir hayat," tambahnya.

Cara itu sekali gus dapat membantu mengukuhkan hubungan suami isteri, malah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada isteri untuk meluahkan rasa terpendam di dalam hati.

Empati suami juga mungkin menjadi rawatan mujarab buat isteri yang sedang berdepan dengan konflik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram