
AYAH jarang meminta, tetapi selalu memberi. Dalam diam, merekalah pelindung, penasihat dan penyokong setia sejak hari pertama.
Hari Bapa bukan sekadar tarikh di kalendar, tetapi satu kesempatan untuk menunjukkan bahawa segala pengorbanan mereka tidak pernah dilupakan.
Tahun ini, pelbagai jenama tampil dengan pilihan hadiah yang bukan sahaja mewah dan bermakna, malah menggambarkan penghargaan yang tulus buat insan bergelar ayah.
BACA LAGI: Bapa moden bukan tahu semua, tapi yang ingin terus belajar, berubah demi jaga amanah ALLAH
Berikut merupakan empat hadiah eksklusif yang boleh diberikan kepada bapa:
1. Sepasang sut dari Sacoor Brothers
Koleksi Timeless daripada Sacoor Brothers menampilkan sut dan blazer yang bukan sahaja elegan, malah melangkaui masa dan generasi.
Ditawarkan dalam rona klasik seperti biru gelap dan kelabu arang, pilihan seperti K-Easy Suit dan Timeless Formal Suit menggunakan fabrik wol berkualiti tinggi yang selesa, bernafas dan tahan kedut.
Ia bukan sekadar pakaian, tetapi lambang legasi yang boleh dikongsi antara ayah dan anak lelaki, dari temuduga pertama hingga ke mesyuarat penting.
2. Jam tangan Audemars Piguet Code 11.59
Untuk ayah yang menghargai ketelitian dan kemewahan, Code 11.59 menawarkan rekaan dalam keluli tahan karat dengan dail kelabu dan sentuhan rona Bleu Nuit.
Ia hadir dalam dua variasi, iaitu Selfwinding dan Chronograph, dilengkapi teknologi kaliber canggih dan reka bentuk ergonomik.
Hiasan buatan tangan dan perincian halus menjadikan jam ini bukan sekadar alat penunjuk masa, tapi simbol ketepatan dan warisan.
3. Samsung Galaxy S25 Series dan Galaxy Watch 7
Teknologi pintar kini hadir dalam bentuk hadiah penuh makna.
Samsung mengadakan promosi khas sempena Hari Bapa, di mana setiap pembelian telefon pintar Galaxy S25 Series disertakan hadiah Galaxy Watch7 percuma bernilai RM1,199.
Harga bermula dari RM3,899 dengan potongan sehingga RM300, menjadikannya lebih mampu milik untuk hadiah penuh fungsi dan gaya.
Ciri seperti Browsing Assist dan Now Brief membantu ayah kekal produktif, manakala Audio Eraser serta AI Sticker menjadikan detik peribadi lebih istimewa.
4. Beg Louis Vuitton edisi Damoflage Black
Jika ayah seorang yang bergaya dan menghargai kualiti, koleksi Damoflage Black dari Louis Vuitton rekaan Pharrell Williams adalah pilihan unik.
Rangkaian ini memperkenal beg seperti Mini Soft Trunk, Keepall Bandouliere 50 dan Steamer Wallet dengan kemasan matte hitam, rantai logam serta padlock ikonik.
Direka untuk gaya hidup moden dan pengembara masa kini, ia gabungan sempurna antara fungsi dan fesyen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram