
KELEWATAN tren pada waktu puncak sering menjadi cabaran utama buat warga kota yang bergantung kepada pengangkutan awam.
Bukan sahaja menjejaskan jadual harian, malah ia turut memberi kesan terhadap reputasi dan disiplin seseorang di tempat kerja.
Namun, seorang wanita tampil berkongsi satu maklumat penting yang boleh membantu orang ramai iaitu satu bentuk dokumen rasmi yang mungkin ramai tidak tahu boleh dimohon sekiranya tren tergendala.
BACA LAGI: Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal kemudian hari
BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia
Sharifah Hani Yasmin yang juga merupakan Perunding Kerjaya memaklumkan bahawa penumpang yang terjejas akibat kelewatan perkhidmatan tren Rapid KL melebihi 15 minit boleh memohon slip kelewatan tren sebagai bukti untuk dikemukakan kepada majikan.
“Sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan melebihi 15 minit, pengguna boleh meminta slip kelewatan dengan mengisi borang di mana-mana stesen Rapid KL,” katanya.
Slip tersebut mengandungi maklumat seperti tarikh dan masa gangguan, laluan tren yang terlibat serta cop rasmi daripada pihak Rapid KL. Ia boleh dimohon oleh pengguna perkhidmatan LRT dan MRT.
Perkara itu turut disahkan oleh akaun sokongan pelanggan rasmi Rapid KL sebelum ini, yang menyatakan bahawa permohonan slip tersebut boleh dibuat di kaunter di mana-mana stesen tren.