
INSIDEN pelanggaran dari belakang merupakan antara kemalangan jalan raya yang paling kerap berlaku di Malaysia.
Bagi pemandu wanita khususnya, kejadian sebegini boleh mendatangkan rasa panik terutama jika berlaku ketika bersendirian.
Namun, mangsa kemalangan tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi.
BACA LAGI: Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal kemudian hari
BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia
Sebaliknya, beberapa langkah penting boleh diambil untuk menguruskan situasi secara teratur dan mengelakkan komplikasi undang-undang.
1. Bertenang dan berhenti di lokasi selamat
Sebaik sahaja berlaku pelanggaran, hentikan kenderaan di bahu jalan atau kawasan yang selamat.
Elakkan memberhentikan kenderaan di tengah jalan kerana ia boleh membahayakan pengguna lain.
2. Elak membawa alatan merbahaya
Pemandu dinasihatkan agar tidak membawa sebarang alatan seperti pengunci stereng, batang besi atau seumpamanya ketika keluar dari kenderaan.
Perbuatan itu boleh disalah tafsir sebagai cubaan mencederakan dan boleh membawa implikasi jenayah.
3. Dokumentasikan kejadian
Ambil gambar keadaan kenderaan, nombor plat, cukai jalan serta lokasi pelanggaran.
Tindakan itu penting sebagai bahan bukti sekiranya berlaku pertikaian semasa proses siasatan atau tuntutan insurans.
4. Berurusan secara profesional
Pastikan anda menyapa pemandu kenderaan yang melanggar dengan tenang bagi mengelakkan pertengkaran di tempat kejadian.
Jika boleh, dapatkan maklumat pengenalan seperti lesen memandu atau kad pengenalan dan rakamkan maklumat tersebut dengan izin.
5. Jangan paksa pengakuan atau bayaran
Sekiranya pemandu terbabit mengaku bersalah, bawanya ke bengkel untuk menilai kos kerosakan.
Elakkan menerima bayaran secara tunai di lokasi kejadian.
Jika enggan bertanggungjawab, jangan bertindak di luar kawalan tetapi terus ke balai polis untuk membuat laporan rasmi.
6. Perlu kedua-dua pihak buat laporan
Menurut seorang lelaki, Azli, tuntutan terhadap insurans pihak yang melanggar tidak dapat dilakukan selagi laporan polis tidak dibuat oleh kedua-dua pihak dan siasatan belum diselesaikan.
Pengakuan secara lisan di lokasi kejadian juga tidak mencukupi tanpa rekod rasmi.
7. Buat semakan insurans dan tuntutan
Selepas laporan dibuat, pemilik kenderaan boleh membuat carian di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan maklumat syarikat insurans kenderaan yang melanggar.
Kemudian, kunjungi bengkel panel insurans terbabit untuk memulakan tuntutan pihak ketiga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram