[VIDEO] Ramai ingat hibah tak boleh disentuh, realiti ia boleh dicabar kerana beberapa faktor — Peguam syariah


  • Cinta
  • Selasa, 10 Jun 2025

Hibah diberikan kepada seseorang masih boleh dicabar waris lain jika tidak miliki dokumen yang lengkap. — Gambar Hiasan

HIBAH yang disangka ‘kebal’ daripada campur tangan waris kini menjadi bualan ramai susulan satu keputusan Mahkamah Tinggi Sivil membatalkan hibah takaful bernilai RM1 juta dan mengarahkan agar ia diagihkan semula mengikut hukum faraid.

Kes itu bermula apabila seorang lelaki meninggal dunia dan menamakan isterinya sebagai penerima hibah bersyarat (hibah nomination) dalam polisinya.

Syarikat takaful meluluskan tuntutan dan menyerahkan wang pampasan kepada balu si mati.

BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda

BACA LAGI: Tak perlu menunggu lama, saintis berjaya cipta ujian ultra pantas yang boleh kenal pasti jenis tumor otak dalam masa 2 jam

Namun, ahli keluarga arwah tidak bersetuju dan membawa kes itu ke mahkamah. 

Keputusan mengejutkan apabila mahkamah menyatakan hibah itu tidak sah dari sudut undang-undang sivil. 

Maka, wang tersebut perlu dibahagikan semula mengikut faraid.

Tampil memberi penjelasan lanjut, peguam syariah, Liyana menerusi laman Instagram menjelaskan soal kekeliruan orang ramai terhadap isu itu.

“Ramai ingat hibah tak boleh disentuh. Tapi realitinya, hibah boleh dicabar terutama kalau ada waris yang rasa mereka tak dapat hak faraid," katanya. 

Liyana berkata, beliau sudah melihat banyak kes hibah yang dicabar di mahkamah.

“Selalu berlaku bila hibah tidak dibuat dengan betul. Dicabar dari segi rukun, jenis harta, dokumen tak lengkap atau tiada saksi sah.

"Semua itu boleh jadi alasan untuk mencabar hibah," katanya. 

Adakah hibah masih boleh ditukar kepada faraid jika semua dokumen sudah lengkap?

Menjawab persoalan itu, Liyana berkata, sesuatu hibah dikira sah jika tidak dibuat melalui unsur paksaan dan miliki dokumen yang lengkap. 

"Kalau prosedur betul, dokumen lengkap dan tiada unsur paksaan, insya-ALLAH hibah itu sah dan tidak akan dikembalikan kepada faraid.

"Tetapi kalau ada kecacatan walaupun sedikit, waris boleh cabar,” katanya. 

Beliau juga menekankan bahawa dokumen yang kemas dan saksi yang sah sangat penting untuk mengukuhkan hibah. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram