Pesona Itali: Aksesori musim panas Tod’s tampil gaya klasik bersahaja


  • Gaya
  • Isnin, 09 Jun 2025

Sandal kulit bertali velcro dan Beg mini shopping raffia dan kulit mampu menjadikan seseorang itu kelihatan anggun.

JENAMA mewah Itali, Tod’s memperkenalkan koleksi musim panas yang cukup segar dan elegan, sesuai untuk wanita moden yang ingin tampil bergaya sepanjang tahun. 

Menggabungkan rekaan klasik dengan sentuhan kontemporari, koleksi itu memfokuskan pada dua elemen utama iaitu kasut dan beg tangan wanita yang dihasilkan dengan pertukangan halus dari Itali.

1. Sandal baretta kulit

Sandal Baretta menampilkan dua jalur kulit halus dengan bar logam kemas yang membawa aksesori ikonik Tod’s iaitu Baretta.

BACA LAGI: Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal kemudian hari

BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia

Sandal Baretta menampilkan dua jalur kulit halus.

Tapaknya dihiasi butiran getah gommini yang memberikan kestabilan dan gaya abadi. 

Tersedia juga dalam versi minimalis tanpa aksesori bar, namun tetap bergaya dengan medallion Tod’s dan tali kulit rata yang sempurna untuk penampilan ringkas tetapi berkelas.

2. Sandal kulit bertali velcro

Untuk gaya aktif dan selesa, sandal itu diperbuat daripada kulit anak lembu berkualiti tinggi, dengan dua jalur bergaya dan hujung bucu emas gelap. 

Tali velcro boleh laras memberi keselesaan peribadi, manakala tapaknya direka untuk menyokong anatomi kaki. 

Dilengkapi logo Tod’s dan tapak gommini, sandal itu sesuai dipadankan dengan gaya kasual harian yang bergaya.

Beg tangan wanita: Gabungan struktur dan seni kraf

1. Beg mini shopping rafia dan kulit

Menggabungkan elemen rustic dan elegan, beg mini itu diperbuat dengan teknik crochet tradisional dengan menggunakan raffia semula jadi. 

Pegangan dijahit dengan ketat untuk ketahanan, manakala tubuh beg dianyam longgar untuk rupa santai yang feminin. 

Bahagian tengahnya dihiasi bujur kulit dengan lambang Tod’s Blasone bagi menambah ciri sofistikasi yang tersendiri. 

Tampil dalam empat rona menarik iaitu oren, biru, coklat dan beige, beg itu melengkapkan gaya harian yang segar dan mewah.

 

XBWBUXA0200UBY265T

Jahitan halus yang menyatukan kedua-dua bahan mengadakan ketelitian dan kreativiti artisan Itali.

2. Beg mini baldi straw dan kulit

Rekaan bucket itu menggabungkan tekstur berbeza dalam harmoni yang menawan iaitu bahagian bawahnya dianyam tangan daripada daun jagung, manakala bahagian atasnya menggunakan kulit lembut Nappa Relax.

Jahitan halus yang menyatukan kedua-dua bahan memperlihatkan ketelitian dan kreativiti artisan Itali. 

Struktur beg itu bukan sekadar indah dipandang, malah praktikal dan tahan lama.- Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram