'Sayu hati lihat keluarga mangsa,' Exco Perak ziarah waris, mangsa tragedi UPSI, titip semoga terus kuat hadapi ujian


  • Primer
  • Isnin, 09 Jun 2025

Salbiah (kanan) menyantuni keluarga mangsa di Hospital Gerik pada Isnin. — Facebook/Salbiah Mohamed

EXCO Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed meluangkan masa menziarahi mangsa dan waris tragedi kemalangan membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dirawat di Hospital Gerik pada pagi Isnin.

Dalam perkongsiannya di media sosial, beliau meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas mengorbankan kira-kira 15 nyawa awal pagi Isnin itu.

"Saya sempat menziarahi dan menyantuni waris serta mangsa yang masih dirawat di Hospital Gerik susulan tragedi kemalangan melibatkan pelajar UPSI awal pagi tadi," tulisnya.

BACA LAGI: Lepas 2 kali IVF, akhirnya hamil secara 'natural', doktor jelas hubung kait turun berat badan dengan kesuburan

BACA LAGI: [VIDEO] Tak buang air kecil lebih 8 jam antara petanda alahan tidak normal, boleh jejas nyawa ibu hamil

Beliau turut menzahirkan sokongan moral agar keluarga terlibat tabah menghadapi dugaan tersebut.

"Sayu hati tengok keadaan keluarga mangsa kemalangan. Semoga mereka terus kuat hadapi ujian ini. Buat yang telah pergi, Al-Fatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tulis beliau.

Terdahulu, Majoriti melaporkan sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa penuntut UPSI di Gerik, awal pagi Isnin.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Lebuh Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.

Setakat ini, proses pengecaman mangsa sedang dijalankan dan siasatan berhubung punca kemalangan masih diteruskan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram