Yaya, Sophia Liana, Angel Dolla meriahkan pelancaran koleksi baharu kasut 'hiking', tonjol elemen gaya hidup aktif, berani


  • Gaya
  • Rabu, 04 Jun 2025

Majlis pelancaran koleksi terbaharu Salomon dimeriahkan dengan kehadiran Sophia dan Yaya. β€” Salomon

SUASANA di The Exchange TRX, Kuala Lumpur meriah dengan pelancaran kasut ikonik jenama sukan gunung, Salomon iaitu XT-6.

Majlis berlangsung pada 28 Mei lalu itu disambut penuh gaya oleh barisan selebriti dan pempengaruh popular tanah air.

Antara yang mencuri perhatian termasuklah pengacara dan usahawan, Yaya Zahir, penyanyi rap dari kumpulan De Fam, Sophia Liana serta anggota kumpulan Dolla, Angel.

BACA LAGI: 'Kita mendaki pakai skirt tradisional', pendaki wanita Cholita Mountaineers sarung 'uniform' tradisi Bolivia tawan Gunung Everest

BACA LAGI: Langkah pertama ke pentas antarabangsa, Lilanz dedah kenapa pilih Malaysia sebagai butik antarabangsa pertama luar China

Koleksi baharu Salomon turut hadir dalam warna merah jambu sesuai untuk para gadis yang aktif melakukan aktiviti luar. — Salomon

Pelancaran tersebut bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, malah menjadi pentas kepada Salomon mempersembahkan manifesto terkini dinamakan Trailblaze, the Uncommon.

Manifesto itu mencerminkan semangat jenama tersebut dalam mengangkat elemen gaya hidup aktif dan berani menonjolkan kelainan, sejajar dengan ciri-ciri XT-6 yang menggabungkan prestasi, keselesaan dan reka bentuk unik.

"XT-6 bukan sahaja sepasang kasut jejak, ia juga sepasang kasut ikon antarabangsa, simbol gaya, pengembaraan dan semangat pergerakan," kata wakil Salomon dalam kenyataan.

Kehadiran figura berpengaruh seperti Yaya, Sophia dan Angel bukan sahaja menyerikan suasana, malah memperkukuh imej XT-6 sebagai produk bergaya selain fungsinya yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Kasut Salomon XT-6 kini boleh didapati di cawangannya di seluruh Lembah Klang termasuk One Utama, IOI City Mall, Mid Valley dan Suria KLCC yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Jenama berkenaan turut mengajak para peminat dan pelanggan untuk menyertai keahlian S/PLUS, sebuah komuniti yang semakin berkembang dalam kalangan pencinta aktiviti luar.

Ahli komuniti itu bakal menikmati ganjaran eksklusif, mendapat makluman awal tentang koleksi terbaharu seperti serta akses kepada promosi istimewa dan kandungan inspirasi menerusi buletin berkala. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram