Bukan sekadar viral, keberkesanan 5 produk wajah ini mengujakan peminat dunia kecantikan


  • Gaya
  • Ahad, 08 Jun 2025

Meski sering viral di media sosial, keberkesanan sebenar sesuatu produk hanya dapat disahkan melalui pengalaman langsung pengguna. — @daiyantrisha @medicube_my @nikkitutorials

TIDAK semua produk yang mendapat perhatian ramai benar-benar memberikan hasil seperti yang dijanjikan.

Walau tular di media sosial, keberkesanan sebenar hanya terbukti melalui pengalaman pengguna sendiri.

Bukan semua produk yang tular menjanjikan hasil, tetapi lima produk kecantikan ini membuktikan bahawa keberkesanan sebenar tidak perlu dibayar untuk dipercayai.

BACA LAGI: Ketahui personaliti anda wanita riang, pemalu, berkerjaya dengan 6 gaya galas beg tangan

BACA LAGI: Yaya, Sophia Liana, Angel Dolla meriahkan pelancaran koleksi baharu kasut 'hiking', tonjol elemen gaya hidup aktif, berani

Tanpa gimik berlebihan atau selebriti sebagai wajah utama, produk-produk ini menambat hati pengguna kerana ia benar-benar menjadi.

Formulasi Time Phoria kekal ringan namun tahan lama dan 'transfer proof'.— Time Phoria

1. Time Phoria Lip Stain

Produk berasal dari China ini mencetuskan fenomena selepas tular di TikTok kerana keberkesanannya yang unik, iaitu lip stain yang langsung tidak meninggalkan kesan pada gelas, kain atau pelitup muka.

Berbanding produk seumpamanya yang sering kering atau mudah luntur, formulasi Time Phoria kekal ringan namun tahan lama.

Ulasan daripada jurusolek profesional antarabangsa seperti NikkieTutorials turut melonjakkan popularitinya di pasaran luar negara.

Medicube Zero Pore Pad menjadi rahsia kulit licin dan liang pori mengecil pilihan ramai termasuk pelakon Eyka Farhana. — medicube

2. Medicube Zero Pore Pad

Dikenali sebagai produk penjagaan kulit dari Korea Selatan yang fokus kepada rawatan liang pori, Medicube Zero Pore Pad mendapat perhatian selepas pelakon, Eyka Farhana berkongsi keberkesanannya. 

Ramai pengguna mengesahkan perubahan ketara dari segi tekstur kulit, pengurangan bintik hitam dan liang pori yang semakin mengecil. 

Pad dua sisi ini turut diperkaya dengan AHA dan BHA untuk pengelupasan lembut serta hidrasi menyeluruh.

3. Seamakeup Setting Spray

Setting spray ini menjadi pilihan ramai jurusolek dan pengguna harian kerana formulanya yang menjadikan solekan benar-benar kalis pemindahan (transferproof).

Ia sering diuji secara terbuka di TikTok khususnya oleh pempengaruh kecantikan dengan menyapu tisu, menyentuh muka atau memakai pelitup dan hasil solekan kekal sempurna walaupun selepas beberapa jam.

Pempengaruh kecantikan popular, Nisha Ezzati dan pelakon Puteri Balqis turut mengesahkan keberkesanan produk ini menerusi ulasan di media sosial mereka, menjadikan Seamakeup antara jenama yang mendapat tempat dalam rutin harian selebriti dan penggemar kecantikan.

Pengguna produk ini menyifatkan ia sebagai satu pelaburan yang berbaloi. — Charlotte Tilbury

4. Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spray

Sebagai jenama antarabangsa yang terkenal dalam kalangan selebriti dan jurusolek Hollywood, Charlotte Tilbury mengekalkan standard tinggi melalui setting spray ini. 

Ia tidak hanya membantu menetapkan solekan hingga 16 jam, malah memberikan kemasan kulit yang licin, matte dan tampil dengan efek halus dan sempurna.

Ramai pengguna menganggap produk ini sebagai pelaburan berbaloi untuk majlis khas dan ketahanan solekan yang tinggi.

Chanel Les Beiges Water Fresh Tint sesuai untuk wanita yang gemar solekan ringan. — Chanel

5. Chanel Les Beiges Water Fresh Tint

Produk ini memenuhi keperluan mereka yang menginginkan solekan ringan dengan hasil kulit segar dan semula jadi.

Menggunakan teknologi mikro-droplet, tint ini melembapkan dan menyatukan tona kulit tanpa memberikan rasa berat.

Ia menjadi kegemaran para wanita aktif yang mahu tampil rapi tanpa kelihatan terlalu bersolek.

Pempengaruh kecantikan terkenal, Dahlia Rizal pernah berkongsi bahawa beliau menggunakan Les Beiges Water Fresh Tint semasa majlis perkahwinannya, yang mana ramai warga maya memuji kecantikan dan seri wajahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram