[VIDEO] Bilik anak sulung Neelofa bercita rasa moden dan Islamik, alunan zikir tanpa henti didik jiwa dari kecil


  • Hias
  • Ahad, 08 Jun 2025

Perhiasan bilik anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal sesuai untuk dijadikan inspirasi buat ibu bapa yang lain.

PERSONALITI terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor baru-baru ini berkongsi video ringkas memaparkan suasana bilik anak sulungnya, Muhammad Bilal, yang kini berusia empat tahun.

Rakaman tersebut meraih perhatian ramai apabila bilik berkenaan bukan sahaja kelihatan kemas dan tersusun, malah tersedia barangan yang berunsur pendidikan.

Menerusi video tersebut, Neelofa membawa peminat melihat sendiri beberapa sudut penting di dalam bilik Bilal. 

BACA LAGI: Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal kemudian hari

BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia

Antaranya termasuk ruang khas almari pakaian, sudut permainan serta hiasan katil yang dilengkapi anak patung singa.

Di bahagian meja pula, kelihatan sebuah tasbih audio yang menjadi barangan kebiasaan dipegang oleh anaknya itu.

Neelofa turut berkongsi kepentingan membiasakan anak-anak mendengar zikir dan doa sejak kecil.

“Tak rugi anak-anak kita ada ni (tasbih audio). Nanti telinga anak biasa dengar zikir-zikir, hadis-hadis dan doa yang ada dalam ni.

"Apabila mereka sudah masuk ke sekolah menengah dan mampu bacakan doa-doa dan zikir, kita juga sebagai ibu bapa berasa bangga yang tak terkira,” katanya dalam video berkenaan.

Untuk rekod, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  Twitter ,  Facebook ,  Instagram ,  WhatsApp Channel  dan  Telegram