'Reaksi awak keterlaluan, tiada apa pun sebenarnya', antara 6 ayat 'pedas' boleh tamatkan hubungan cinta


  • Cinta
  • Khamis, 05 Jun 2025

Menjaga percakapan antara perkara penting dalam mewujudkan kesejahteraan sesuatu hubungan. — Gambar hiasan/Agensi

MESKIPUN lembut tidak bertulang, tetapi tajamnya seperti pisau sehingga boleh melukakan bahkan 'membunuh' hati sesiapa yang mendengarnya.

Itulah perumpamaan menggambarkan kemampuan lidah manusia ketika mengungkapkan kata-kata.

Begitu juga dalam konteks perhubungan atau percintaan, setiap tutur kata dilafazkan seharusnya dikeluarkan dengan berhati-hati.

BACA LAGI: [VIDEO] Aktiviti 'roleplay' guna gabus, kadbod untuk simulasi ibadah korban, tingkat perkembangan kognitif kanak-kanak

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada keperluan pun anak-anak sekolah rendah miliki telefon pintar — Pakar Motivasi

Kata-kata menyakitkan boleh menimbulkan pergaduhan dalam perhubungan. — Gambar hiasan/agensi

Hal ini kerana, kata-kata yang diucapkan dalam keadaan beremosi dan tanpa berfikir rasional boleh meninggalkan kesan mendalam kepada pasangan atau lebih teruk apabila ia mampu menamatkan hubungan tersebut.

Menjaga percakapan juga antara cara yang sihat dan penting dalam mencipta kepercayaan dan persefahaman secara menyeluruh.

Berikut merupakan enam ayat yang seharusnya dielakkan untuk dilafazkan kepada pasangan ketika berdepan dengan konflik.

1. Ini masalah besar

"Awak buat masalah besar daripada yang lain."

2. Reaksi keterlaluan

"Reaksi awak keterlaluan, tiada apa pun sebenarnya."

3. Selesaikannya

"Saya dah minta maaf, sekarang semuanya selesai."

4. Berhenti bayangkan sesuatu

"Berhenti bayangkan sesuatu, itu bukan macam awak fikirkan."

5. Awak yang bermasalah

"Awak yang bermasalah sekarang, bukan orang lain."

6. Berhenti mengeluh

"Semuanya akan baik-baik sahaja kalau awak berhenti mengeluh."

Loving middle-eastern bearded man comforting his depressed wife, young muslim couple having problems in relationships, visiting family therapist together. Frustrated lady in hijab feeling unhappy

Bertenang dan berfikir secara rasional mampu menyelamatkan hubungan. — Gambar hiasan/Agensi

Bagi mengelakkan kesemua ayat itu terlafaz, barangkali setiap pasangan boleh mengikut tip seperti mana dikongsikan pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Antara ayat yang boleh diungkapkan ketika berada dalam emosi tidak stabil adalah:

1. "Saya memang marah dan kecewa juga, tetapi itu semua tidak mengurangkan sedikit rasa sayang saya pada awak."

2. "Saya tahu kita tengah berusaha sangat-sangat sekarang, tetapi saya tak akan kemana-mana. Kita akan tetap perjuangkan bersama-sama."

3. "Saya nak keluar sekejap. 30 minit sahaja. Dah tenang nanti, kita bincang semula baik-baik." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram