
SETIAP ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan perbelanjaan anak mereka.
Bagi sesetengah individu, memberi kad kredit merupakan cara terbaik untuk melatih anak remaja mereka berbelanja dengan lebih bijak dan bertanggungjawab.
Berdasarkan pertanyaan diajukan seorang wanita di aplikasi Threads @la_reinadellsurr, keputusan memberi kad kredit kepada anaknya yang baru berusia 16 tahun bukanlah mudah.
BACA LAGI: [VIDEO] Rapat sejak kecil, Mekyun hanya mampu senyum walau sebak 'lepaskan' Abe Wee kahwin
Memberikan pelepasan untuk anak remaja menguruskan kewangan melalui penggunaan kad kredit bukan perkara mudah. — Gambar hiasan/Agensi
"Suami tanya saya sebab nak bagi anak perempuan kad kredit tambahan, tak perlu mesej dia selalu kalau nak guna duit, tengok wayang, keluar dengan kawan, beli-belah atau sebagainya.
"Tetapi, takut kalau terlalu manjakan sangat nanti jadi lain pula sebab kami memang bagi dia alaun bulanan.
"Berapa agak-agak had wang yang baik untuk anak remaja?" soalnya.
Perkongsian itu sekali gus mendapat perhatian apabila rata-rata warga maya turut memberikan cadangan dan saranan kepadanya.
Bagi pengguna akaun @iammawar_t, pemberian kad kredit kepada anak seawal usia itu diibaratkan seperti membenarkan mereka membeli-belah secara berlebihan.
"Macam bagi lesen shopping tak bertempat, lebih baik dia usaha dahulu sekurang-kurangnya tahu rasa penat cari duit.
"Kalau semua dapat percuma, nanti hidup realiti datang tak tahu nak bertahan.
"Ajar tanggungjawab awal dapat selamatkan mereka daripada gaya hidup begitu," ulasnya.
Bagaimanapun, ada juga yang melihat perkara itu daripada sudut positif dan menggalakkan ia dibuat mengikut kemampuan masing-masing.
"Kalau mampu, pedulikan mulut yang mengata kita manjakan anak.
"Kalau mampu apa salahnya selagi berpada. Saya cadang RM1,000 tetapi beritahu anak yang RM500 sebulan, ibu bapa akan pantau.
"Jika belanja berlebihan, tiada kad bulan seterusnya atau potong elan terus. Yang penting, ajar mereka untuk berfikir dengan rasional sebelum membayar," komen @_deeda_. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram