[VIDEO] Rapat sejak kecil, Mekyun hanya mampu senyum walau sebak 'lepaskan' Abe Wee kahwin


  • Maya
  • Selasa, 03 Jun 2025

Hubungan sesama adik-beradik antara Mekyun (kanan) dan Abe Wee yang sangat akrab.

PEMPENGARUH media sosial Wee Yu Nee atau lebih dikenali sebagai Mekyun dikenali sebagai Mekyun mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik ucapan ringkas sempena perkahwinan abangnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran dikongsikan di Instagramnya pada Isnin, abangnya dikenali sebagai Abe Wee sudah menemui cinta hatinya dan kini bergelar suami.

Dalam perkongsian menyentuh hati itu juga, Mekyun mengakui bahawa dirinya antara individu paling rapat dengan Abe Wee sejak kecil.

BACA LAGI: [VIDEO] Anggun berbatik merah, Mekyun bangga Mek Cino Kelate dijemput santapan petang bersama Raja Permaisuri Agong

BACA LAGI: Pernah diuji hilang kerja, wanita cekal Serendah bangkit realisasi angan-angan buka bisnes cuci pakaian, bersihkan rumah sekitar PJ

 

 

 

 

Katanya, Abe Wee juga merupakan tempatnya bergantung dan berlindung sehingga menginjak ke zaman dewasa.

"Hari ini hati Mekyun penuh dengan macam-macam rasa. Gembira sebab Abe Wee dah jumpa cinta hidup.

"Sebak sebab lepas ini Abe Wee bukan milik kami seorang lagi. Dari kecil, Abe Wee lah dunia Mekyun.

"Kalau terjatuh, Abe Wee yang datang angkat. Kalau takut, Abe Wee yang peluk kuat-kuat. Kalau nangis, Abe Wee yang tenangkan," tulisnya.

Menurutnya, abangnya memilih pasangan hidup yang tepat kerana isterinya memiliki keperibadian baik, lemah lembut dan penyayang.

Anak kelahiran Kelantan itu pada masa sama mendoakan kesejahteraan hubungan Abe Wee dan isteri dalam melayari bahtera perkahwinan.

"Mekyun doakan Abe Wee dan isteri akan kekal bahagia selama-lamanya.

"Terima kasih untuk semua tahun yang Abe Wee dah bagi pada Mekyun.

"Tak semua orang bertuah ada abang macam Abe Wee. Tapi Mekyun antara yang paling bertuah," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram