[VIDEO] Dari dekorasi ke 'outfit', idea Elfira Loy untuk realisasi 'bridal shower' impian adik dipuji ramai


  • Cinta
  • Jumaat, 06 Jun 2025

Ezlisa Loy memuji kreativiti akaknya yang mampu menjadikan majlis bridal showernya kelihatan sempurna.

PELAKON terkenal, Elfira Loy berjaya merealisasikan majlis bridal shower impian adiknya, Ezlisa Loy dalam satu sambutan istimewa yang penuh dengan kreativiti. 

Menerusi perkongsian di laman Threads, Ezlisa memuat naik beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung, memperlihatkan suasana meriah bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Dalam kapsyen yang dimuat naik, Ezlisa tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya terhadap usaha kakaknya yang dianggap luar biasa.

“Cantik! Cantik sangat. Saya tak sangka bridal shower saya jadi sempurna macam ini. Bermula daripada dekorasi hingga ke penampilan saya yang akak siapkan... gambar dan juga permainan. Semua sangat menakjubkan," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pempengaruh dedah konflik dengan adik ipar, pendakwah ingatkan cinta bukan hanya penyatuan dua hati tetapi seluruh keluarga

BACA LAGI: [VIDEO] Umum tunai haji selepas menang jawatan parti, Nurul Izzah Anwar berangkat bersama suami tercinta ke tanah suci

Istimewanya, bridesmaids dan ahli keluarga terdekat turut hadir memeriahkan acara itu.

“Alhamdulillah, Saya ada kakak yang luar biasa untuk uruskan semua ini. Terima kasih, kakak. Terima kasih juga kepada bridesmaids sebab tolong kakak saya dan bahagi masa untuk saya," katanya. 

Antara elemen paling unik dalam bridal shower itu ialah sebuah papan kanvas interaktif yang disediakan khusus untuk para tetamu. 

Di atas kanvas itu tertulis perkataan 'please sign in here' yang menggalakkan setiap tetamu melukis wajah kartun versi diri mereka dengan menulis nama masing-masing di ruang yang tersedia.

Setiap lakaran kartun menampilkan gaya ringkas namun comel, dengan fokus kepada ciri-ciri utama wajah seperti mata, senyuman dan tudung. 

Hasilnya, tercipta sebuah karya seni kolektif yang bukan sahaja mencatat kehadiran tetamu secara kreatif, malah menjadi kenang-kenangan visual yang amat bermakna.

Menambah keseronokan majlis, setiap individu yang hadir turut mengisi kekosongan dengan aktiviti melukis kanvas mini di atas easel kecil, lengkap dengan palet cat, berus dan alat tulis. 

Aktiviti melukis itu membolehkan para tetamu mengekspresikan kreativiti masing-masing dalam suasana santai dan mesra.

Lebih mencuit hati, Ezlisa turut berkongsi gambar bermain pickleball bersama rakan-rakan kakaknya itu yang membuktikan bahawa bridal shower berkenaan sememangnya dipenuhi dengan aktiviti riadah yang menyeronokkan.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram