
DALAM usia yang masih muda, bertenaga dan cergas, anak kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Yin Shao Loong berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Momen penuh makna itu dikongsikan menerusi satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Nurulizzahfans.
Rakaman itu memaparkan pasangan berkenaan sedang membuat persiapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menaiki pesawat.
BACA LAGI: Sudah diet, bersenaman tapi perut masih buncit? Ketahui 9 punca 'belly fat' ramai terlepas pandang
@ammardandatodrnorlela #ammarpenanti #drnorlela #permatangpauh #madani #anwaribrahim #nurulizzahanwar #bola #harimaumalaya #haji Selamat menunaikan Ibadah haji @Nurul Izzah’s Fans Allahumma Labaik - Sabyan
Pemergian mereka ke tanah suci bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menunaikan Rukun Islam kelima dalam usia yang masih sihat iaitu satu pendekatan yang semakin digalakkan oleh masyarakat Islam hari ini.
Terdahulu, dalam Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan lalu, Nurul Izzah menyatakan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini.
Kini, pada usia 44 tahun, beliau merealisasikan niat tersebut bersama suami tercinta.
Untuk rekod, Nurul Izzah baru sahaja mencipta kejayaan besar dalam karier politiknya apabila dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR selepas menewaskan penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli pada pemilihan parti yang berlangsung pada 23 Mei lalu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya mendoakan kesejahteraan buat mereka sepanjang mengerjakan ibadah haji.
"Semoga mendapat haji yang mabrur," tulis seorang pengguna, Abdulhalimbinsaad1.
"Alhamdulillah... tahniah menjadi tetamu ALLAH SWT," tulis Zaitonali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram