[VIDEO] 'Girls' trip' ke Seoul jadi kembara tahunan, ragam gaya Nina Sabri, Yiu Lin dan anak-anak curi tumpuan


  • Bonda
  • Jumaat, 06 Jun 2025

Kedua-dua pasangan ibu dan anak itu mengenakan tema pakaian yang sama setiap hari. — Instagram/ninaismailsabri

MELANCONG ke Korea Selatan seakan sudah menjadi aktiviti tahunan buat Nina Ismail Sabri dan sahabat baiknya, usahawan serta personaliti media sosial, Ung Yiu Lin.

Namun percutian kali ini lebih istimewa dan bermakna apabila mereka tidak lagi berdua, sebaliknya turut ditemani anak perempuan masing-masing.

Momen comel itu dikongsikan Nina dan Yiu Lin menerusi akaun Instagram, yang jelas memaparkan keterujaan pasangan ibu dan anak menikmati masa berkualiti di luar negara.

BACA LAGI: Jeanelle bakal jadi kakak, Nina Sabri umum hamil cahaya mata kedua

BACA LAGI: Keajaiban Hari Arafah: 15 doa istimewa buat wanita

 

 

"Percutian tahunan kami ke Seoul berjalan seperti kebiasaan, tetapi kali ini cabarannya lebih besar dengan dua si kecil yang riuh membingitkan suasana.

"Gurau saja! Seronok dapat menikmati waktu bersama mereka,” tulis kakak kepada penyanyi, Dafi itu.

Kehadiran puteri tunggal Nina, Jeanelle Nika Mandagie dan anak kedua pengasas jenama kasut Shoes Shoes Shoes, Ava, nyata menghidupkan suasana percutian pada tahun ini.

Berdasarkan perkongsian video dan foto, wajah riang dua kanak-kanak tersebut jelas menunjukkan betapa mereka seronok dengan pelbagai aktiviti yang telah pun disusun khas.

Daripada aktiviti menghias beg, mereka pakaian sendiri, membeli barangan solekan sehinggalah ke sesi makan dan outfit of the day (OOTD), segala-galanya diisi dengan aktiviti mencerminkan dunia feminin yang ceria dan penuh ekspresi diri.

Mereka pakaian dan mencuba solekan menjadi antara aktiviti yang dilakukan Jeanelle dan Ava. — Instagram/ninaismailsabri

Menariknya, daripada rona pastel lembut hingga gaya kasual chic, kedua-dua pasangan ibu dan anak itu dilihat mengenakan tema pakaian yang sama setiap hari.

Trip yang dahulunya sinonim sebagai percutian tahunan dua sahabat kini berkembang menjadi annual girls trip untuk Nina, Yiu Lin bersama anak-anak perempuan mereka.

Malah aktiviti ringan itu juga berupaya menjadi momen rehat buat Nina yang kini hamil anak kedua dan memasuki trimester kedua.

Dalam keadaan sebegitu, percutian santai seperti ini sememangnya memberikan ruang buat ibu hamil menikmati masa bersama insan tersayang sambil mengisi jiwa dengan momen menggembirakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram