
HARI Arafah adalah antara hari yang paling mulia dalam Islam, hari yang mana doa tidak ditolak, rahmat ALLAH SWT melimpah dan keampunan-NYA terbuka luas.
Ketika jemaah haji sedang berwukuf di Padang Arafah, umat Islam seluruh dunia digalakkan untuk memperbanyak ibadah, termasuk berdoa dengan penuh keikhlasan.
Buat insan yang sedang bersedih, ambillah waktu sejenak untuk menenangkan hati.
BACA LAGI: Hari Arafah setahun sekali, 6 pilihan doa mustajab untuk ibu bapa titipkan buat anak tercinta
BACA LAGI: Doa senjata ampuh bagi setiap hamba ALLAH dalam mendepani realiti kehidupan
Pandanglah ke dalam diri, mohonlah kepada ALLAH SWT dengan seikhlasnya. Air mata yang gugur mahupun luka tersembunyi, semuanya diketahui oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Percayalah, ALLAH SWT akan memberi yang terbaik pada waktu yang paling tepat.
Berikut adalah 15 doa istimewa untuk para wanita yang boleh diamalkan pada Hari Arafah seperti yang dikongsikan menerusi Instagram umrah4ladies.
1) Ya Allah, jadikanlah aku seorang wanita yang solehah.
2) Ya Allah, jadikanlah aku seorang wanita yang bersih hatinya dan suci niatnya.
3) Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang sabar menghadapi ujian-Mu.
4)Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah dan diberkati seluruh hidup.
5) Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu dan keredaan-Mu.
6) Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk istiqamah menutup aurat dengan sempurna.
7) Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku sejak akil baligh hingga kini.
8) Ya Allah, terimalah segala amalanku dari akil baligh hingga kini.
Doalah agar ALLAH SWT memberikan kekuatan untuk istiqamah menutup aurat dengan sempurna.
9) Ya Allah, semoga kehidupanku sentiasa dalam kebaikan dan kesejahteraan.
10) Ya Allah, izinkan aku mati dalam keadaan husnul khatimah.
11) Ya Allah, permudahkanlah urusanku ketika sakaratul maut.
12) Ya Allah, semoga malaikat Izrail melaksanakan tugasnya dengan lembut terhadapku.
13) Ya Allah, jauhkanlah aku daripada penyakit hati dan hasad dengki.
14) Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa khusyuk dan tidak lalai dalam solat.
15) Ya Allah, tenangkanlah hatiku saat jenazahku dimasukkan ke dalam liang lahad.
Hari Arafah hanya datang sekali dalam setahun. Gunakan peluang ini untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Setiap doa dipanjatkan, jika tidak dimakbulkan segera, pasti disimpan sebagai ganjaran yang lebih besar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram