'Eternally Iconic', Amir Ahnaff, Christinna Kuan antara wajah lokal terpilih untuk menyerlah dalam kempen baharu Bvlgari


  • Gaya
  • Jumaat, 06 Jun 2025

Amir Ahnaff dan May Ho menghidupkan jiwa setiap rekaan Bvlgari.

JENAMA mewah ikonik dari Itali, Bvlgari melancarkan fasa terkini dalam kempen Magnificent Icons dengan menampilkan lima koleksi utama yang mendefinisikan legasi mereka seperti Serpenti, Divas’ Dream, Bvlgari Tubogas, B.zero1 dan Octo. 

Di Malaysia, lima personaliti tempatan yang berbakat dipilih bagi menghidupkan jiwa setiap rekaan iaitu menonjolkan gaya peribadi, keanggunan abadi dan keunikan ekspresi diri.

Antara wajah utama kempen itu ialah Amir Ahnaff, pelakon yang semakin meningkat naik dan kini menjadi simbol maskuliniti kontemporari. 

BACA LAGI: Tak perlu menunggu lama, saintis berjaya cipta ujian ultra pantas yang boleh kenal pasti jenis tumor otak dalam masa 2 jam

BACA LAGI: Sudah diet, bersenaman tapi perut masih buncit? Ketahui 9 punca 'belly fat' ramai terlepas pandang

Evoto

Karisma Amir yang tenang namun berwibawa memperkukuh lagi imej Octo.

Beliau mempersembahkan jam tangan Octo Finissimo Skeleton 8 Days, karya agung dalam dunia horologi yang menggabungkan ketepatan geometri dengan reka bentuk ultra nipis. 

Karisma Amir yang tenang namun berwibawa memperkukuh lagi imej Octo sebagai lambang kehalusan seni pertukangan dan keanggunan moden buat lelaki masa kini.

Sementara itu, personaliti fesyen dan gaya hidup digital, Christinna Kuan menyuntik elemen segar bagi koleksi Bvlgari Tubogas iaitu rekaan yang mempertemukan warisan dan inovasi melalui bentuk lingkaran yang canggih. 

Evoto

Christinna memakai kalung dan gelang Bvlgari Tubogas.

Christinna memperagakan pelbagai item dari koleksi itu termasuk kalung dan gelang Bvlgari Tubogas dalam emas kuning 18 karat dengan hiasan berlian pavé, cincin Serpenti Tubogas dengan berlian dan jam tangan lingkar dua Serpenti Tubogas. 

Gayanya yang berani dan kontemporari melambangkan keperibadian seorang wanita yang berdikari mengekspresikan dirinya tanpa kompromi.

Turut serta dalam kempen itu ialah artis dan pencipta kandungan digital, Michiyo Ho yang mempersonakan dunia transformatif koleksi Serpenti dengan melambangkan evolusi dan daya tarikan moden. 

Beliau mengenakan kalung, subang, cincin, jam tangan dan gelang dari koleksi Serpenti dalam emas ros 18 karat yang dihiasi manik emas dan berlian pavé.

Usahawan, Claire Tan pula menampilkan keanggunan abadi koleksi Divas’ Dream, diinspirasikan dari mozek Rom purba. 

Claire memperagakan kalung, gelang, cincin dan subang dalam emas ros 18 karat yang dihiasi sisipan mutiara dan berlian pavé iaitu selaras dengan gaya sofistikated beliau.

Digital kreatif dan penggaya visual, May Ho memperlihatkan semangat inovasi koleksi B.zero1 yang diinspirasikan oleh seni bina Rom dan bentuk lingkaran Tubogas. 

Gaya unik May terpancar menerusi rantai, gelang, anting-anting dan cincin B.zero1 Rock Chain dalam emas putih 18 karat dengan berlian pavé sepenuhnya.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  Twitter ,  Facebook ,  Instagram ,  WhatsApp Channel  dan  Telegram