Sudah diet, bersenaman tapi perut masih buncit? Ketahui 9 punca 'belly fat' ramai terlepas pandang


  • Sihat
  • Ahad, 01 Jun 2025

Punca sebenar bagi lemak perut yang degil dalam kalangan wanita mungkin lebih kompleks iaitu melibatkan ketidakseimbangan hormon. — Gambar Hiasan

LEMAK pada bahagian perut sering dianggap berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan. 

Namun, menurut seorang jurulatih kesihatan wanita yang dikenali sebagai @howtobefitlady di platform Threads, punca sebenar lemak perut yang degil dalam kalangan wanita mungkin lebih kompleks iaitu melibatkan ketidakseimbangan hormon.

Menerusi satu hantaran, beliau menjelaskan bahawa tiga hormon utama yang terlibat ialah kortisol (hormon stres), insulin (kawalan gula darah) dan estrogen (hormon kewanitaan). 

BACA LAGI: Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal kemudian hari

BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia

Ketidakseimbangan hormon itu, katanya, boleh menyebabkan tubuh menyimpan lebih banyak lemak khususnya pada bahagian perut.

“Lemak perut bukan semata-mata soal kalori. Ia berkait rapat dengan sistem hormon tidak stabil,” tulisnya.

Beliau berkongsi sembilan langkah mampu membantu wanita menangani kondisi itu secara lebih menyeluruh:

1. Kawal kortisol terlebih dahulu

Paras kortisol yang tinggi akibat tekanan kronik memberi isyarat kepada tubuh bahawa ia berada dalam keadaan ‘tidak selamat’, lalu menyimpan lemak sebagai langkah bertahan. 

Tidur mencukupi, berjalan santai dan teknik pernafasan dalam boleh membantu menurunkan kortisol.

Jarak waktu makan yang terlalu lama boleh menyebabkan ketidakseimbangan gula dalam darah.  Gambar hiasan

2. Jangan langkau waktu makan

Menurutnya, jarak waktu makan yang terlalu lama boleh menyebabkan lonjakan kortisol dan ketidakseimbangan gula dalam darah, sekali gus merangsang penyimpanan lemak bahagian perut.

3. Kurangkan kardio berlebihan, beri tumpuan latihan kekuatan

Latihan kardio berintensiti tinggi secara berlebihan boleh menambah tekanan fizikal dan mengurangkan jisim otot. 

Latihan kekuatan seperti angkat berat lebih membantu dalam meningkatkan metabolisme dan keseimbangan hormon.

4. Pengurusan berat badan juga berkait aspek emosi dan mental

Penurunan berat badan secara sihat bukan sahaja memberi perubahan fizikal, malah turut membantu mengurangkan kebimbangan, kekeliruan mental dan rasa rendah diri.

5. Pendekatan berasaskan hormon

Beliau memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai 30-Day Fat Loss Blueprint iaitu pelan pengurusan berat badan khusus untuk wanita yang memberi tumpuan kepada keseimbangan hormon dan metabolisme, bukan sekadar pengiraan kalori.

Elak makan dalam keadaan stres kerana akan mempengaruhi keberkesanan dalam penjagaan pemakanan.  Gambar Hiasan

6. Kurangkan stres ketika makan

Makan makanan bersih tidak memberi kesan jika tubuh dalam mod fight-or-flight

Amalkan makan dalam suasana tenang, kunyah perlahan dan elakkan makan sambil bekerja.

7. Ikut kitaran haid, bukan hanya kira kalori

Beliau turut menggalakkan wanita memantau fasa kitaran haid kerana ia mempengaruhi keberkesanan senaman dan pemakanan. 

Fasa tertentu seperti luteal dan folikular boleh dijadikan panduan untuk menentukan waktu yang sesuai untuk bersenam dengan lebih intensif atau berehat.

8. Baiki kesihatan usus

Perut buncit juga boleh berpunca daripada masalah usus seperti leaky gut dan bakteria tidak seimbang. 

Pengambilan makanan fermentasi dan kolagen membantu membaiki lapisan usus.

9. Elak bahan kimia pengganggu hormon

Produk harian seperti plastik, minyak wangi dan alat solek tertentu mengandungi bahan kimia yang boleh meniru estrogen

Beralih kepada produk semula jadi dan tapis air minuman boleh memberi kesan positif terhadap hormon dan bentuk tubuh.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  Twitter ,  Facebook ,  Instagram ,  WhatsApp Channel  dan  Telegram