[VIDEO] 'Struggle' simpan stok, Tya Arifin pecah tangis, kecewa lepas tengok susu badan rosak ketika pulang dari London


  • Bonda
  • Khamis, 05 Jun 2025

Kesemua stok susu badan yang dibekukan Tya Arifin mencair sebaik tiba di Malaysia baru-baru ini.

USAHAWAN dan selebriti popular Tya Arifin meluahkan kekecewaannya selepas stok susu badan yang dibawa ketika dalam perjalanan dari London, United Kingdom ke Malaysia baru-baru ini rosak.

Menerusi video dimuat naiknya di Instagram, Tya berkongsi situasi kejadian yang berlaku pada waktu itu.

Menurut isteri kepada ahli perniagaan Malaysia, Asyraf Khalid yang juga anak tiri Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kesemua stok susunya tidak dapat digunakan sebaik tiba di Malaysia.

BACA LAGI: 'Reaksi awak keterlaluan, tiada apa pun sebenarnya', antara 6 ayat 'pedas' boleh tamatkan hubungan cinta

BACA LAGI: [VIDEO] Aktiviti 'roleplay' guna gabus, kadbod untuk simulasi ibadah korban, tingkat perkembangan kognitif kanak-kanak

 

 

"Sedih, kecewa, kesal sampai tak tahu lagi nak cakap, ujian, bersabarlah Tya.

"Susu Tya semua cair kerana dari hotel ke lapangan terbang, perjalanan dan sampai Kuala Lumpur selama 15 hingga 20 jam," tulisnya.

Dalam video sama, Tya menjelaskan punca kejadian adalah disebabkan bagasinya yang terpaksa ditinggalkan di London dan dihantar pulang melalui penerbangan kedua.

Sebagai ibu, Tya tidak dapat menafikan perjuangannya menyimpan susu badan bukan perkara mudah.

"Disebabkan insiden ini, jadi tambah lagi 15 hingga 20 jam lagi untuk sampai ke rumah. Keseluruhannya 30 jam lebih.

"Susu yang beku dan pek ais pun dah cair semua," katanya sambil menitiskan air mata.

Tya pada masa sama menekankan bahawa videonya itu tidak berniat untuk menjatuhkan pihak penerbangan terbabit, namun sekadar luahan dan suara seorang ibu agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Sebelum ini, Tya juga pernah berkongsi perjuangannya menyimpan stok susu badannya biarpun terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk ke luar negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram